December 24, 2010

setelah 23 tahun..



assalamulaikum







syukur ke hadrat Ilahi.
pada tanggal 24 Disember 2010,
aku kini adalah seorang anak yang mampu untuk menanggung ibunya.
aku kini seorang kakak yang menjadi tauladan kepada adik-adiknya.
aku kini seorang jurutera di salah sebuah syarikat global.


ya Allah,
kumohon rahmat yang berpanjangan daripada Mu
kumohon ketabahan untuk menghadapi segala dugaan Mu
kumohon keteguhan iman bagi pendinding diriku
kumohon dimatikan dengan orang-orang yang beriman
kumohon dunia dan akhirat dalam definisi kejayaan


ampuni segala dosa-dosaku ya Rabb
sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Pengasihani
amin.





December 5, 2010

akhirnya.


assalamualaikum


muka aneh.




Alhamdulillah. fam aku dah selamat sampai Penang. rumah yang selama nie senyap sunyi, suddenly bertukar riuh-rendah. terkejut jiran-jiran sebelah rumah. haha. ampun yer jiran, adik-adik saya memang hyper sedikit. eh, bukan sedikit. tapi banyaaaak. harap jiran-jiran dapat bersabar. hee~

so, basically barangan keperluan such as tv, fridge, washing machine semua dah ada. cuma katil, almari, sofa yang tak ada lagi. just tilam jea yang ada dulu. insyaallah, those thing bakal menyusul dalam 2-3 bulan nanti. sebab next month perlu fokus untuk barangan sekolah serta yuran adik-adik.

dan bagi aku, yang paling penting makan dan pelajaran mereka cukup. dapat good result dalam exam dah cukup membahagiakan. bunyi macam mak-mak pulak kan? well, when u have this kinda responsible, this feeling will automatically come to you :)

lagi 1, harapan untuk diet nampaknya punah sama sekali. sebab ibu masak sedap hari-hari kot. mana boleh tahan. haha.




November 20, 2010

tembam.

assalamulaikum



yes people, penulis sudah 'tembam' sekarang. jangan tanya bagaimana dia boleh tembam. hati senang barangkali. eh, tidak jugak. banyak jea benda yang difikirkan. em, mungkin bila dah kerja, duit ada untuk makan apa sahaja. i mean, apa yang teringin nak makan la. teringin jea, terus beli.


seriously, memang berbeza dengan masa study kat uni dulu. dulu kalau nak makan sesuatu tu, macam kfc, pizza hut ker..dia akan berfikir 2-3 kali. nak ambil ayam kat kafe pun takut-takut. oh, nasib baik la dia bukan penggemar ayam. so, kalau tak ada ayam dalam lauk pun, no hal la kan.*phew*


si penulis memang suka shopping sorang-sorang. bagi dia, perlu ke Queensbay sebulan sekali. oh. sebulan sekali sahaja ya. kalu tiap-tiap minggu nak pergi mall tu, memang boleh pokai. tapi kalau jusco yang hanya 5 min dari rumah, it's ok kalau pergi tiap-tiap minggu. haha. so, kalo dah hampir setiap minggu nak pergi jusco. memang la kena makan makanan yang sedap kan? bagi penulis, makanan sedap adalah treat untuk diri sendiri selepas penat bekerja. rasa macam puas biler dapat makan benda yang sedap-sedap ni. *giler, kuat makan betul!!*


plus, dalam masa 2 bulan ni, penulis banyak pergi training. training pulak diadakan di hotel dan of course la makanan-makanan yang heaven terhidang. penulis lupa diri sekejap. makan jea semua yang ada. dah tak kisah sama ada makanan-makanan tu boleh menggemukkan ke tak. satu lagi prinsip dia, bila ada kat hotel, bukan masa untuk diet. see??? sekali lagi menunjukkan yang dia adalah pelahap tegar. *haih*



dan akibat daripada makanan-makanan seperti ini:










maka terhasil la si tembam ini

.
.
.






p/s- penulis dalam mood berdiet skang. so, weekend pun terperap di rumah sahaja. haha.


November 7, 2010

kegemaran.


assalamualaikum



sempena hari ahad yang aman damai nie, aku nak berkongsi sedikit fakta tentang aku dengan korang. fakta ye, bukan auta. haha. fakta mengenai favorite tv show aku. *duh, tu pun kecoh nak bagitau orang kan?* lantak la, ni blog aku. suka hati aku la kan. hee.

since aku x ada tv kat rumah, jadi laptop + internet jadi peneman setia. ah, dari zaman uni lagi sebenarnya. haha. oleh sebab itu, aku hanya menonton tv show mat salleh aja. yolah, tv x ada kan, so x dapat la nak tengok drama ke, sinetron ke yang ada kat tv tu. aku rasa aku memang dah lost dengan peredaran drama melayu kat tv ni. serius.


ada banyak tv show mat salleh yang korang boleh tonton secara online, dan dalam banyak-banyak tv show, ada beberapa sahaja yang menjadi kegemaran. all time favourite la bak kata orang. so, here it goes..



you know you love me, xoxo. aku peminat setia tv show ni since season 1 lagi. masa tu aku muda remaja lagi weh. haha. tidak pernah miss oke. sekarang dah masuk season 4. serupa melihat pelakon-pelakon dia membesar. terutama dak jenny tu ha. masa season 1 dulu innocent gila. sekarang, pergh. korang tengok sendiri jelah. hehe.





haa. ni cerita pasal pontianak plak. sekarang tengah trend kot. semua nak cerita pasal hantu ni jea. haha. dan selain edward, aku suka lagi dua orang mamat bergigi taring ni. lagi 1, aku suka gaya jalan cerita dia. ada je suspen yang diterapkan oleh director. dia membuatkan korang ternanti-nanti episod yang seterusnya.






last but not least, Glee yaw!! satu paradigma baru dalam dunia drama bersiri. sebab dia ada unsur-unsur musical dan siap ada buat tribute untuk penyanyi-penyanyi hot macam Madonna. jalan ceritanya pun aku suka jugak. *nama pun fav, mesti la suka kan. haha*




that's it. tu la dia tiga tv show utama dalam senarai hidup aku. balik dari kerja, mandi, solat dan makan sambil menghadap cerita-cerita ni. oleh itu, jutaan terima kasih kepada streamyx yang membolehkan aku menonton tv show kegemaran secara online. *kena bayar rm90/month, of course la semuanya boleh. haha*






November 4, 2010

politik ada di mana-mana




assalamualaikum


makin hari makin serius plak blog ni kan? haha. jangan fikir yang bukan-bukan. ini sekadar pendapat yang terpahat di dalam kepala otak aku yang aku curahkan kat blog ni. korang jangan la fikir lain pulak. hee~


politik. sesuatu yang sangat sinonim dengan masyarakat zaman sekarang. mana-mana korang pergi pun, korang akan terasa bahang dia. tidak kira la korang dalam badan kerajaan ke *obviously la ada politik kan*, badan swasta ke, semuanya ada bahana politik ni. kadang-kadang tu meluat pulak aku. lebih-lebih lagi bila sesuatu badan atau institusi tu terdapat ramai golongan Melayu. em, bukan la niat untuk kutuk bangsa sendiri. namun ini adalah hakikat. apa yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.


OK, sebelum aku melangkah lebih jauh. meh aku terangkan apa dia 'politik' yang aku maksudkan kat sini. em, politik kat sini bermaksud bila ada sekumpulan individu ini boleh persuade sekumpulan individu yang lain untuk percaya cakap mereka. salah satu contoh, kenaikan pangkat. ada pelbagai cara, tetapi yang selalu kita jumpa yang tidak baik lah kan. jarang betul nak jumpa cara yang baik. bagaimana cara yang tidak baik? haa, ini yang menariknya. cara-caranya seperti memburukkan individu-individu lain dan mengaku bahawa dia adalah betul, menjadi pengampu atau 'kipas susah mati' bos, cakap pandai tapi tidak serupa bikin. itu semua perangai-perangai yang bisa membuatkan aku, kau dan sesiapa sahaja jadi mual.


tidak boleh kah jika kita bersaing secara sihat? seperti bersaing dalam membuat penambahbaikkan bagi sesuatu, mencari jalan penyelesaian bagi masalah dengan cara profesional dan bernas sehingga boleh dijadikan benchmark atau sebagainya. bunyinya pun tidak lah seteruk seperti jadi 'kipas susah mati' bos kan? jauh lebih baik bagi aku. tapi itulah, manusia ni suka jalan singkat. jalan yang senang dan hasilnya lumayan. tidak boleh nak susah sikit. lebih-lebih lagi dapat menjatuhkan orang lain. itu dah memang jadi kegemaran dan asam garam.


satu lagi situasi di mana ada dua buah komplot yang berbeza. si A ada pengikut dia yang tersendiri. si B pun ada pengikut dia yang tersendiri jugak. masing-masing tidak ngam tapi buat-buat 'mesra' di khalayak ramai. sama je macam ahli-ahli politik yang bertanding untuk jawatan ADUN kat kampung-kampung tu. haha. kadang-kadang tu rasa benda ni lawak, tapi inilah hakikatnya. si pengikut harus setia supaya kedudukan dia secure. yang si A atau si B plak, mereka sebenarnya ada agenda tersendiri yang sememangnya dia dan Tuhan je yang tau. redo betol yang jadi si pengikut tu kan.


ya, aku baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan. namun, bukan cara ini bagi aku untuk mendapatkan pangkat atau kedudukan. kemampuan diri sendiri itu yang sepatutnya menjadi titik tolak dan pengukur. ini semua adalah tauladan untuk diri sendiri. yang mana baik itu kita jadikan ikutan, yang mana tidak baik pulak, kita jadikan sempadan. mintak jauh la daripada aku terjebak ke kancah sebegini. *wah, sebut 'kancah' tu..macam hape jea kan?* mintak dijauhkan.


jadi kesimpulannya, politik itu memang ada di mana-mana. cuma diri kita sendiri yang perlu bijak menilainya. bagi aku, jadi neutral adalah lebih baik. em, kalau kat tempat kerja la. kalau bab-bab nak pilih parti mana yang patut pegang tampuk kerajaan. itu memang memerlukan penilaian yang lebih terperinci. oke, bab tu tidak boleh cerita lebih-lebih. undi adalah rahsia. haha.




gambar hiasan

October 31, 2010

berubahnya persepsi kehidupan.



assalamualaikum


acara wajib.



phew. semalam baru balik daripada training: Corporate Entrance Conference yang telah dianjurkan oleh company aku. training berlangsung di Hotel Equatorial, Penang selama 3 hari 2 malam. pergh, macam pergi holiday plak kan?haha. biliknya superb, makanannya awesome. sesuai dengan tarafnya yang bertaraf hotel 5 bintang. oke, CEC ini diadakan bagi memberi peluang kepada staff baru macam aku, untuk mengenali perihal company dengan lebih mendalam. seramai 60 orang peserta di mana terdiri daripada Continental Tyres Alor Star, Continental Tyres Petaling Jaya, Continental Automotive Penang dan Continental Automotive Taiwan.

bertemu dengan rakan-rakan baru dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang superb telah menjadikan aku hyper sekejap. al-maklum lah, dah lama x join aktiviti-aktiviti macam ni. haha. dan yang paling best, sebahagian ahli executive board datang dari Hannover, German semata-mata untuk memberi penerangan tentang perihal company. dan kami telah diberi peluang untuk bertanya soalan tentang company directly kepada mereka. ^^


dan dalam suasana seperti itu, aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku. apabila aku pandang di sekeliling, aku melihat majoriti daripadanya adalah mereka yang lebih tua. berumur di dalam linkungan 30-50 tahun. dan aku sedar, yang kini aku telah berada di alam lain. ah, bukan lah rasa seperti berada di dalam alam bunian tue yer, tapi alam di mana semua orang lebih fokus di dalam kehidupannya.

jikalau dahulu semasa di uni, aku hanya melihat mereka-mereka yang berada di dalam linkungan umur yang sama denganku. tetapi sekarang tidak lagi. ini membuktikan yang aku juga perlu ubah persepsi hidup. tidak lagi memikirkan kehendak tetapi perlu fokus terhadap keperluan.

bicara soal keperluan, aku perlu membeli barangan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya. dan jika di ikutkan hati, iaitu kehendak, aku mahu membeli beg tangan, baju baru, blablabla. seperti yang aku cakap tadi, aku perlu fokus di dalam kehidupan. oleh itu, kehendak hati perlu dilupakan untuk buat sementara waktu. aku harus mengutamakan barangan keperluan dan bukannya kehendak.

manusia akan berubah persepsi pemikirannya apabila dia sedar dengan keadaan sekeliling. dalam erti kata lain, dia sedar di mana dia berada. dan inilah yang terjadi pada aku. haha.



p/s- kaki lenguh-lenguh akibat terlalu hyper semasa melakukan aktiviti. *sobsob*



October 22, 2010

aku kagum..

assalamualaikum


semasa aku di tempat kerja, aku kagum melihat makcik tua yang masih gigih mencari rezeki. sanggup berdiri berjam-jam lamanya. tanpa mengira lelah penat di dada.

semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah, aku kagum melihat sepasang suami isteri yang bekerja keras menjual pisang goreng di bahu jalan. yang menambah perhatian aku adalah anak-anak mereka. si kecil yang baru berumur beberapa bulan juga berada di situ. aku kagum melihat pasangan itu kerana, mereka sanggup bersusah-payah demi sesuap nasi untuk anak-anak.

namun aku bertambah kagum kepada sebuah keluarga yang aman bahagia. si bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. si ibu yang kasihnya tidak berbelah-bahagi. kadangkala perasaan iri hati pula datang menjelma. tapi aku segera menepis perasaan itu jauh-jauh. buat apa perlu berasa sebegitu terhadap orang?bukankah lebih baik jika mereka itu kujadikan sebagai tauladan?

aku punya impian untuk membina keluarga sedemekian rupa. aku mahu yang terbaik buat keluargaku. aku mahu jadi si isteri penyeri hidup suami. aku mahu jadi si ibu yang menjadi kesayangan buat anak-anakku. wah, tinggi melangit si cita-cita. namun angan yang baik bisa jadi kenyataan jika setia pada garis panduan.

p/s- mata sangat pedih sebab kena shampoo. *sobsob*






October 17, 2010

aku tidak sendiri.

assalamualaikum


kadangkala hidup ini membuatkan aku terfikir. untuk apa sebenarnya aku hidup? untuk siapa sebenarnya aku hidup? dan setelah berfikir panjang barulah aku tahu akan jawapannya. aku ditakdirkan menggalas satu tanggungjawab yang besar. sangat besar yang pada mulanya aku tidak terfikir yang aku bakal menggalas tanggungjawab itu. sungguh, paradigmaku terus berubah.

orang selalu melihat aku sebagai seorang yang 'happy go lucky'. tetapi hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu. tambahan pula hidup seorang di perantauan, adalah bukan sesuatu yang mudah. namun, aku terima semua ini sebagai satu cabaran yang akan menjadikan aku seorang yang tabah dan kuat.

aku seorang perahsia. ada dikalangan kawan-kawan rapat juga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap aku. maaf sahabat, masalah aku, biarlah aku sendiri yang menanggung. aku rasa tidak perlu aku bebankan kepada orang lain. dan entri ini bukan la bertujuan mahu menagih belas kasihan. oh, tidak sama sekali. ruangan ini hanya sebagai tempat luah perasaan. dan apa yang aku harapkan doa daripada kalian agar aku terus kuat menghadapi dugaan hidup.

Allah S.W.T itu Maha Bijaksana. diberikan aku rahmat dan diberikan juga aku musibat. itu semua untuk pedoman hidupku. terima kasih banyak Ya Rabb.






October 16, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : THE BEAUTY IN UGLY

assalamulaikum

bangun pagi tadi terus gosok gigi, bancuh susu + koko krunch, then terus bukak laptop. saya telah ditag oleh hakak kila untuk join contest ini dan ternyata saya terus excited!! thanx hakak..teehee~ just click this banner for more info ya. =)






gambar taruhan.



kenapa saya pilih gambar ini?

sebab saya rasa amat sopan sekali depan tuanku Cancelor. hehe. juga, pada saat ini lah saya telah termaktub sebagai seorang graduan. dan yang paling penting sekali, bukan nyer senang nak dapat bergambar dengan tuanku Cancelor kan? haha.


rindu gila zaman uni. nak rewind zaman tue pls. hehe. anyway, buat abg edy, selamat menjadi juri yer. hehe. so, senarai nama yang terpilih untuk ditag ialah:


1. semua yang baca entry ini boleh? ngee~


gud luck uoll's!!




October 12, 2010

aku suka lelaki yang dot dot..



assalamualaikum



setiap orang mempunyai ciri-ciri pilihan hati bukan? begitu juga aku. tp aku nie kadang-kadang cerewet sikit. nama pun perempuan kan. teehee~ so, mari kita lihat siapa yang kena!!



1. Lelaki yang menjaga solatnya

OK, ini adalah ciri yang pertama yang akan aku ambil kira sebelum nak jadi boyfriend, ops!! suami. kalo cukup solatnya 5 waktu sehari semalam, maka secara automatik, dia akan termasuk dalam 'list'. haha.

2. Sayang akan kedua ibu bapa dan keluarganya

em, kalau nak lihat sejauh mana tahap 'penyayang' dia, aku akan lihat dahulu hubungannya sesama ahli keluarga. kalau baik hubungan tersebut, maka 90% si dia itu adalah seorang penyayang. siapa la yang taknak boyfriend / suami penyayang kan?

3. Tidak merokok

oh!! yang nie pun penting jugak. aku anti orang yang merokok. sorry to say, but that it's just my habit. aku adalah seorang yang sangat praktikal tentang kesihatan. so, yes. this kinda of smock thingy just not my type. =)

4. Penyabar dengan karenah aku

hehe..see the statement carefully. si dia x boleh setakat 'penyabar' sahaja. bahkan perlu ayat tambahan 'dengan karenah aku'. aku jenis yang banyak tanya. kenapa nak kena buat itu? buat ini? blablabla..so, bukan sebarang lelaki yang boleh tahan dengan karenah aku.

5. Pembersih

aku lebih mudah suka terhadap lelaki yang menjaga kebersihan dirinya. actually, dengan perempuan pun sama jugak la dan perangai nie memang aku terbawak daripada kecik lagi. dulu masa kecik-kecik, aku akan duduk jauh sikit kalau budak tu nampak macam pengotor. ampun, bukanlah nak perlekehkan budak-budak kecik tue, tp dah memang perangai aku macam tue. hoho.

6. Ringan tulang

perlu sangat ada suami yang rajin. x kisah lah rajin memasak ke, mengemas ke. asalkan rajin. memandangkan aku seorang wanita yang sibuk, jadi suami yang rajin adalah suatu kemestian. so, x adalah aku seorang jea yang kena jadi bibik rumah nanti kan.

7. Tahu adab

Dia perlu tahu adab dengan aku, orang tua, keluarga. benda basic yang orang zaman sekarang semakin abaikan. yes, i'm a lil' bit orthodox when come to this kinda things.

8. Pandai simpan duit

Kalau x pandai simpan duit macam mana nak kahwin kan? bukan setakat simpan duit kahwin, duit untuk masa depan pun perlu diambil kira. sonang la idup den kalau suami den pandai berjimat-cermat. haha.

9. Tidak kedekut

em, kalau pandai simpan duit sangat pun susah jugak kan? ok, dia kena pandai simpan duit tp at the same time dia jugak x kedekut. macam mana tue? senang cakap, dia x ada la berkira sangat setakat nak keluar duit untuk belanja makan, hadiah birthday yang setahun sekali jea tue.

10. Jujur

Ditangga yang ke-10 x bermakna ciri nie x penting ye. sama jea pentingnya dengan yang pertama tadi. kalau si dia x jujur, macam mana la aku nak percaya kat dia kan? dan aku pulak jenis yang pantang dibohong. sekali aku dah kena bohong, sumpah sampai bila-bila pun aku dah x percaya lagi. so, kamu..beware ye.




actually macam ada lagi. tapi mata dah ngantuk dan macam x sabar sangat nak tido. lain kali kalau aku rajin, aku sambung lagi ye. heee~






gud nite uolls.
mak tido dulu ye.
byebye~


September 3, 2010

rindu.



assalamualaikum







hi korang!!
kembali kita bersiaran dlm rancangan..dotdotdot..
*aper yg aku merapu nih??*

actually..
aku nak bgtau
yang aku punyer la x sbr nk BALIK RAYA!!
pejam celik pejam celik
next week dah rayer kan??
wah!!cpt btol masa berlalu

.
.
.


*jap pikir ayat per nak tulis*

.
.
.

TING!!!

*datang dah*






rindu nyer la hai kat adik2 aku
kelmarin kol ibu
tanyer kat ibu yang aina dah bleh ckp ker blum?
ibu ckp yg dia dah bleh ckp sket2
dlm adik bradik aku
dia la yang paling lambat bercakap
em, mungkinkah dia akan jd pendiam??
x sama ngan akak2 dia yang lain?
*sedang berfikir*
oke, abaikan
yang penting dia dah bleh ckp sket2
hahah
so, ibu pon hulur la anset kat dia


aku: adik..
aina: hello??
aku: *terkesima jap* em, adik puasa x?? *soalan common time bulan puasa*
aina: *diam*

aku: hello? hello? adik..dengar x kakyong ckp nie?

aina: *diam lagi*


tibe2 ibu menyampuk

ibu: ayong tanyer per kat dia
aku: ayong tanyer dia puasa ker x?

ibu: aaaa, patut la die geleng2 kepala

aku: *terkekek-kekek gelak*



alahai
comel nyer adik aku
mcm kakak dia nie ha
*opss!!*
hahaha
masa zmn ikmal kecik dlu pon mcm 2 gak
kalo org tanyer dia dlm tepon
dia dok angguk2 kepala
hahaha
rindu giler kat diorang
rindu plak aku nk membebel kat adik2 aku yang lain
well, biasa la kan
aku kan kakak
tipikal la kalo bab membebel nie
kalo aku x ingat kan diorang
saper lg kan??


from R to L: nurul (my cousin), aina the gedix, ikmal the monster.



oke, terserlah aksi ke-gedik-an beliau disitu. harap maaf yer.


berangan nak jadi model kah?? no, no, no.. *sambil geleng kepala*



oke, tiket raya dah selamat dibeli
mintak tahun nie xder la aku blk dengan persiaran cam tahun lps
dh la kena naik bas persiaran
pastue bas tue berhenti kat stesen minyak sbb rosak
2 jam kot bai
naik kematu punggung aku
nak dijadikan citer lagi
biler dah sampai highway
kena turun plak
tukar bas lain
per la nasib
akal la time tue aku nk balik raya
puasa plak tue kan
so, bertahan la gak
hohoho


tiket Butterworth - KL
hari rabu - 8hb Sept - 11pm
sampai jea KL trus shoot gie shopping
beli baju rayer utk adik2 sume
nak gie Jln TAR, Sogo, Midvalley
*tue dia..i dah ader list oke*
pastue mlm tue plak
direct balik Melaka
pergh!!
baru feel balik raya kan?
dgn jam nyer lagi
serius bai!!
time tue kalo jam truk sgt
aku nak berdiri dlm bas sambil nyanyi lagu raya fav aku
bagi menghiburkan diri sendiri dan penumpang2 lain
*gilo ker apo??*



oke2..
tengkuk dah sakit dah
balik2 dari terawih trus update blog nie ha
dpt hidayah jap utk update blog
*apakah??hahah*



dan akhir kata,
sempena di bulan hujung Ramadhan nie
moh ler kite bertambah rajin ber-terawih yer
semoga ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir
mohon dipanjangkan umur bg bertemu Ramadhan yang akan datang
amin.



suci x muka i?? suci x?? haha




















August 19, 2010

skrol, jubah dan mortar board.



assalamualaikum.


tanggal 7 Ogos 2010 yg lalu
adalah salah satu hari yg bersejarah buat aku
tarikh kerama di mana aku perlu memakai jubah dan juga mortar board
untuk menerima ijazah yang telah di dambakan selama nie
Alhamdulillah
akhirnya aku berjaya.

terima kasih buat anis salwa sekeluarga kerana dgn baik hati
memberi aku menumpang di rumah
sesungguhnya jasa-jasa mu akan ku kenang
semoga anis sekeluarga dilimpahi barakah oleh Allah S.W.T
thanx ya hakak
*hugs*


dikesempatan ini juga
aku nk mengucapkan terima kasih kpd kwn2 uni
yg telah byk menolong aku selama 4 thn nie
directly or indirectly
u know who u are rite?
thanx a lot guys.


terima kasih buat ibu dan ayah
juga kekasih hati
yg sanggup dtg dari jauh semata-mata ingin menyaksikan aku ber-konvo
terima kasih sekali lagi.



oke, mls dah nak bebel.
mata dah ngantuk
pagi esok gigih nk bgn sahur
gud nite uolls!!





pada hari kejadian





chick emoticon 24

July 24, 2010

i'm here.



salam uoll's


ampun sebab baru skang nak hupdate
selama nie bkk jea blog nie
tp biler nk hupdate jea
cm x larat
*hupdate blog pon x larat.haha*
well, setelah hampir 2 bln bekerja
baru la aku tau cam ner raser nyer
penat wo..
tiap2 mlm kul 10pm aku dah black out
yela, bgn pagi kul 6am
then, kul 6.50am dah kuar umah
em, FYI..
aku gie kerja tumpang org
nasib baik k.ida bg aku tumpang
thnax yer k.ida
even, akak xmo duit
nnt org blanje akk eh
*hugs*


eh, per hal plak luah prassaan kt k.ida nie?
oke2..berbalik pd rutin harian aku
so, dlm kul 7.15 dh sampai ofis
aku la tukang bkk lampu kt ofis 2 tiap2 pg
tp lampu area dept aku jea la kan
xder mkne nyer aku nk gie bkk sume lampu kt dept lain
pastue terus bkk PC, bwat air n browsing internet
bkn bkk FB yer kwn2..
tp bkk the star online
FB kt company aku kne block
hahah


overall, semua nyer oke
senior engineer pon baik + sweet2 belaka
mentor aku en. zul
kami satu geng sbb die pon NPI eng utk bhg component/ID cam aku
byk bnde baru aku blajar kt sni
serius weh
semua bnde baru
tp fun!!


pg2 aku akn msk production
tgk line n check per yg ptut
soalan common aku pd makcik/bdk2 operator adalah
"mkcik, hari nie oke?"
bunyi cam doktor tanyer patient kt hospital jea kan?
hahah

lg 1, per yg aku blajar
even kita pangkat tinggi dari diorng,
tp adab n budi bahasa still kena jaga
diorg still org yg lebih tua
dan perlu dihormati
x kesah la diorg operator ker
untie cleaner ker


sama gak ngan lebih muda/lebih kurang sebaya
aku lyn diorg sama rata
sbb once kita baik ngan diorg
pape urusan akn jd lebih mudah
but still, profesionalisme pon kena jaga gak
aku x bleh la nk berborak sakan ngan diorg
coz, keje ttp keje
stakat gelak sket2 tue oke la =)

oke, citer psl umah sewa plak
since dh lame giler x hupdate kan
so, byk bnde nk citer
*wee*
aku menyewa umah flat
cm ner aku cari?
cari dlm mudah.com.my jea
haha
mule2 tue aku pon cm x yakin gak
tp coz dah xder choice
aku pon cari jea la kat situ
alhamdulillah, aku dpt gak umah sewa
ader 3 bilik dan aku tinggal sorang
yep, SORANG
umah plak mmg kosong + bersih
just tuan umah ader renovate umah sket2
ader kabinet dapur
lantai mosaic
oke la bg aku
just stakat nie umah aku mmg umah bujang giler
aku just ader iron, electrical kettle n tilam
benda2 basic jea stakat nie
maybe dlm sebulan dua lg aku bli katil n almari
x larat aku nk tido atas tilam nipis nie dah
*sakit pinggang oke*



tp 2 la kehidupan kan
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
ha..
kan dh kuar peribahasa bagai
haha

oke, here are some my latest pic
bg mereka2 yang rindu kt aku
*ader ker??*

yep, that's my attire for workdays. perlu pakai smock.




here is my cubicle. ader cik teddy kat situ. haha.


oke la, nk gie sidai baju
almaklum la
org xder washing machine
lps basuh, kena la tos dlu
then bru bleh jemur
kalo x, ader yg kena sound ngan org bwh nnt
hoho


bye korang~









May 18, 2010

sykur

salam all

here is the quick update

penulis dah dapat kerja di Continental Automotive Sdn Bhd, Prai, Penang

24hb Mei nk msk kje dah


takut giler oke!!


wish me luck darls..


flying kiss~

March 12, 2010

on hiatus



salam all



perhatian!!


dikala ini penulis sedang menjalani program insentif utk menyiapkan kerja2 beliau
ini oleh kerana


.
.
.


beliau perlu meng-submit *bahasa apakah??*

thesis beliau pada


.
.


26hb Mac 2010







harap maklum.






bye bye~

http://emo.huhiho.com


February 25, 2010

terbaek!!


salam



oke, di saat aku menulis entry nie
aku raser mcm nak muntah
tekak raser loya
*sila jgn pikir bukan2 yer*
maybe sebab perubahan hormon yg x stabil
di atas sebab2 aku adalah seorang perempuan yg normal
hehehe

actually aku nak bgtau yg aku baru jea tgk citer2 nie

.
.
.





dan juga nie


.
.
.






bermula dari saat aku cam mls nk bwat koje
jam waktu tue menunjukkan pukul 11 mlm lebih2 sket
aku pon mintak la movie ngan sorang member aku
aku dgr ramai org ckp yg citer nie best
tp belum tengok, belum tau kan

setelah 4 jam berturut-turut
dgn air mata yg berjurai-jurai

http://emo.huhiho.com

konklusi nyer
citer nie mmg SUPERB!!
gaya jln cerita yg menusuk kalbu
dakwah nyer yg berkesan
serius memberi impak
end up
dekat kul 4pg baru aku tido


dan yg paling aku terkejut
bila aku suluh muka aku kt depan cermin time nk pakai bedak sejuk
*ya, aku pakai bedak sejuk sblm tido*
mata aku bengkak cam org menangis kematian anak
terkejut oke!!


bagi sesaper yg belum tengok lg citer2 nie
TOLONG LA TENGOK
x rugi cik jah oi..


er, ker korang dh tengok citer nie?
dan aku yg terlambat?
whatever la kan

anyway,
x kisah la producer nyer org mana
penulis cerita asal nyer org mana
asalkan citer nyer best
mmg aku tengok


nak dibandingkan ngan citer melayu kiter
yg kurang menekankan soal dakwah
dan citer nie
jauh panggang dari api
seriously, jenis citer mcm nie yg umat akhir zaman perlukan.












February 21, 2010

lala~



haa.

disebab kan aku raser cm mls nk bwat karangan arie nie
aku upload jea la gambar yer
yep.
gambar2 tersebut telah disunting di dalam library
time tue aku sorang jea dok tercongok kat situ
so, amat sesuai sekali utk ber-camwhore dgn webcam.
sila layan kan

ohh!!

kalo ader saper2 yg dah nak termuntah tgk pic2 nie
sila cepat2 tekan butang pangkah kt atas nun yer

sekian, terima kasih.












flying kiss~

http://emo.huhiho.com

February 19, 2010

fenin lalat



salam.

merujuk kepada tajuk diatas,
*pergh!! ayat cam org bwat surat kiriman rasmi sekolah rendah*

ya.
kalo ikut kan tajuk kat atas nun
aku tgh dok pening kepala skang nie


http://emo.huhiho.com


pening apsal?
sebab nyer aku dok ngadap lappy daripada siang tadi sampai la skang
bukan ngadap internet yer kawan2..


http://emo.huhiho.com

no..no..

aku dok bwat koje aku yg x siap lg tue ler
waaaa..
cam nak nangis jea biler mengenangkan koje byk lg
*air mata berjurai*



oke
aku kena bertahan sampi pukul 12am
1/2 jam jea lg
pas2 bleh tido
yay!!




gudnite u'olss!!






February 18, 2010

homesick =(



salam.


mood: nak balik umah.



hah!
baru skang teraser mcm nak terbang jea balik umah
arie tue eksyen
xnak balik umah konon
kalo la penyapu umah aku nie ala2 penyapu harry potter
dah lame aku terbang balik
pergi balik-hari
bleh x cik jah??
em, nasib baik xder penyapu mcm tue kan
dongeng semata-mata


pagi nie aku terbangun lambat
pergh!!
aper nak jd la budak faza nie
koje berlambak
die bleh plak bgn lambat2 kan??
haihh..


em, nie ader satu luahan hati aku nak bwat
satu jea..
hehe
aku bengang btol biler ader manusia yang x berhati perut
selamba badak mintak hasil kerja aku dan apply dlm kerja dia
cantik giler muka dia kan??
kalo xnk bg kang, member
biler dh bg, aku plak yg sakit hati
prob nyer, x bleh ker dia bwat sendiri benda tue?
bai, orang lain pon ader byk keje gak kan
tp aku xder la sampi nak mintak hasil kerja org bagai.
agak2 la..
mind the limit
kalo mcm nie la perangai
aku x tau la mcm ner biler dia dh keje nnt.
geram wo!!
aku x lena tdo siang mlm bwat benda tue
die bleh plak mintak2 ngan aku


http://emo.huhiho.com


mcm2 perangai nk kena hadap.
perangai yg mcm yg paling aku anti.



oh!!
tetiba teringat aku ader rendam megi.
kembang dah megi aku



kamu2, jgn nakal2 yer

daa~











February 17, 2010

stress



serius aku tgh stress.

byk giler benda nak kena bwat.
eh, tp ader lak mase nk ber-blogging bagai plak kan? haha
eh, aku sekejap jea bukak benda2 lagha nie
stakat cuci2 mata nie ha. *poyo sgt*
x sabar nk abis kan sem nie
cepat la abis oiiii
bleh cepat aku keje
er, keje???
waaaaaaaaa. takot la plak nk keje
*gedik btol budak faza nie*

hah!! perut aku dah menjerit
'nak nasi!! nak nasi!!'
aku nak gie layan perut aku jap
pas2 bwat per yg sepatutnyer
*x solat lagi, hehe*
pas2 bertungkus-lumus bwat keje *yolah 2*




ohh!!!



apabila stress menguasai diri

inilah outcome nyer

.
.
.



jeng2!!




hamik kau! kambing gurun dah datang. haha







erk!! no comment. *ngee*




akhir kata,



sayang korang!! *tetiba*

http://emo.huhiho.com




February 14, 2010

x ada tajuk =p


err..


pipi makin tembam. *adeh*

tiada istilah c u t i



ya.

tiada istilah cuti bg aku utk semester ni.

dengan secara hormatnya, aku mengumumkan..

yang aku TAK BALIK cuti mid-term kali ni.

sayu jea hati bile tengok orang lain dok usung beg balik kampung.

xper, lepas settle semua keje aku nanti. aku la orang yg paling awal balik kampung. (hujung sem)





pesanan utk diri sendiri: sila bersabar yer. dan sila pastikan keje FYP tue siap sebelum minggu kedua Mac.


January 21, 2010

pertama kali


yeah!!

pertama sekali aku nak bgtau yg blog ini bukan lah blog pertama aku

saje mau tukar angin

*tetiba angin sepoi-sepoi bahasa*




.
.
.


*mati akal*





aku dan matahari terbenam


ya, aku tau cara posing begitu adalah poyo. haha.





daa~