November 20, 2010

tembam.

assalamulaikum



yes people, penulis sudah 'tembam' sekarang. jangan tanya bagaimana dia boleh tembam. hati senang barangkali. eh, tidak jugak. banyak jea benda yang difikirkan. em, mungkin bila dah kerja, duit ada untuk makan apa sahaja. i mean, apa yang teringin nak makan la. teringin jea, terus beli.


seriously, memang berbeza dengan masa study kat uni dulu. dulu kalau nak makan sesuatu tu, macam kfc, pizza hut ker..dia akan berfikir 2-3 kali. nak ambil ayam kat kafe pun takut-takut. oh, nasib baik la dia bukan penggemar ayam. so, kalau tak ada ayam dalam lauk pun, no hal la kan.*phew*


si penulis memang suka shopping sorang-sorang. bagi dia, perlu ke Queensbay sebulan sekali. oh. sebulan sekali sahaja ya. kalu tiap-tiap minggu nak pergi mall tu, memang boleh pokai. tapi kalau jusco yang hanya 5 min dari rumah, it's ok kalau pergi tiap-tiap minggu. haha. so, kalo dah hampir setiap minggu nak pergi jusco. memang la kena makan makanan yang sedap kan? bagi penulis, makanan sedap adalah treat untuk diri sendiri selepas penat bekerja. rasa macam puas biler dapat makan benda yang sedap-sedap ni. *giler, kuat makan betul!!*


plus, dalam masa 2 bulan ni, penulis banyak pergi training. training pulak diadakan di hotel dan of course la makanan-makanan yang heaven terhidang. penulis lupa diri sekejap. makan jea semua yang ada. dah tak kisah sama ada makanan-makanan tu boleh menggemukkan ke tak. satu lagi prinsip dia, bila ada kat hotel, bukan masa untuk diet. see??? sekali lagi menunjukkan yang dia adalah pelahap tegar. *haih*



dan akibat daripada makanan-makanan seperti ini:










maka terhasil la si tembam ini

.
.
.






p/s- penulis dalam mood berdiet skang. so, weekend pun terperap di rumah sahaja. haha.


No comments:

Post a Comment