December 24, 2010

setelah 23 tahun..



assalamulaikum







syukur ke hadrat Ilahi.
pada tanggal 24 Disember 2010,
aku kini adalah seorang anak yang mampu untuk menanggung ibunya.
aku kini seorang kakak yang menjadi tauladan kepada adik-adiknya.
aku kini seorang jurutera di salah sebuah syarikat global.


ya Allah,
kumohon rahmat yang berpanjangan daripada Mu
kumohon ketabahan untuk menghadapi segala dugaan Mu
kumohon keteguhan iman bagi pendinding diriku
kumohon dimatikan dengan orang-orang yang beriman
kumohon dunia dan akhirat dalam definisi kejayaan


ampuni segala dosa-dosaku ya Rabb
sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Pengasihani
amin.





December 5, 2010

akhirnya.


assalamualaikum


muka aneh.




Alhamdulillah. fam aku dah selamat sampai Penang. rumah yang selama nie senyap sunyi, suddenly bertukar riuh-rendah. terkejut jiran-jiran sebelah rumah. haha. ampun yer jiran, adik-adik saya memang hyper sedikit. eh, bukan sedikit. tapi banyaaaak. harap jiran-jiran dapat bersabar. hee~

so, basically barangan keperluan such as tv, fridge, washing machine semua dah ada. cuma katil, almari, sofa yang tak ada lagi. just tilam jea yang ada dulu. insyaallah, those thing bakal menyusul dalam 2-3 bulan nanti. sebab next month perlu fokus untuk barangan sekolah serta yuran adik-adik.

dan bagi aku, yang paling penting makan dan pelajaran mereka cukup. dapat good result dalam exam dah cukup membahagiakan. bunyi macam mak-mak pulak kan? well, when u have this kinda responsible, this feeling will automatically come to you :)

lagi 1, harapan untuk diet nampaknya punah sama sekali. sebab ibu masak sedap hari-hari kot. mana boleh tahan. haha.