December 17, 2011

sungguh.


assalamualaikum





sungguh aku rindu akan dia,
sungguh masih aku teringat kata-kata akhirnya,
sungguh dia lelaki pertama yang aku sayangi.

dia orang pertama yang mengajar aku berjalan,
mengajar aku bercakap,
mengajar aku membaca,
mengajar aku mengaji,
mengajar aku sembahyang,
ya, dialah imam pertamaku.


oh Tuhan,
kumohon Kau cucurilah rahmatMu ke atas rohnya
kumohon Kau tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman
sesungguhnya hanya Kau yang dapat membalas segala jasanya
amin ya rabbal a'lamin






December 6, 2011

you.




assalamualaikum.





:)

November 13, 2011

November 9, 2011

protection



assalamualaikum


the dua' for today :)








October 16, 2011

speaking pictures



assalamualaikum ^^





first of all, maaf sebab dah berkurun lama x hupdate blog. kesibukan melanda bak tsunami. *bukan main lagi metafora ko kan?* oke, let's the pictures speak la kan. i malas nak cakap banyak-banyak. hee.




makan besar




house hunting.




the data awaiting for being analyzed




makan besar lagi




more dataaaaaaa




and more fooooooood







end up, i've gained 2 kg. haha




p/s - harap maaf di atas kualiti gambar.






September 11, 2011

ungu-percaya padaku[HD] video clip



ada orang bagi saya lagu nie. heee.

September 10, 2011

Demi Lovato - Skyscraper

tabah.



assalamualaikum




kadangkala aku tersenyum
pabila terkenang masa lalu

kadangkala aku menangis
pabila terkenangkan yang telah tiada

namun aku tahu
setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya

apa yang perlu aku lakukan?
aku harus tabah
aku harus kuat
dalam mengharungi liku-liku hidup

Tuhan itu Maha Esa
segala takdirku telah dititip oleh-Nya
ya, aku hanya harus tabah.






August 7, 2011

terapi.



assalamualaikum




maaf. sejak kebelakangan nie saya tak ada mood nak menulis. rasa macam tak ada benda yang perlu dititipkan. *eceh* oh, semalam saya ke Qbay, buat terapi sedikit. terapi apa yang boleh dibuat dekat shopping mall? ha..fikir sendiri lah ya. =)





heee.



July 31, 2011

Happy Ramadhan



assalamualaikum







Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.






July 10, 2011

cuti-cuti buat apa?



assalamualaikum


terima kasih kepada kerajaan P.Pinang sebab memberi cuti umum sempena ulangtahun Gabenornya. tapi, siapa Gabenornya pun saya tak tahu. *ampun* since birthday encik Gabenor jatuh pada hari Sabtu, so cuti umum haruslah diganti pada hari Isnin. kesimpulannya, saya ada weekend yang panjaaaaaaang minggu nie. *hephephooray!!!*


cuti-cuti buat apa?


haa...semalam kami ke Jusco, shopping mall yang hanya 5 min dari rumah. beli itu, beli ini, then balik rumah. petangnya pulak ke pasar malam kak limah oi. pergi beli ikan. ikan kat pasar malam murah ler sikit. heee~


hari ni, saya dok rumah jea. malas nak keluar. cuaca panas. so, better kemas rumah jea la kan. menyapu, mengemop lantai, cuci bilik air, scrub badan & etc. tadi masa tengah dok men game, suddenly datang satu idea -buat facial utk diri sendiri. itu pun sbb malam tadi ibu cakap pigmentasi kulit muka saya dah tak sekata. *ish*

terus ambil buku hikmat *buku resipi "sihat & cantik" beli masa zaman uni dulu* dan cari ramuan yg berkaitan. memerlukan lemon, susu dan telur. nasib baik semua bahan dah ada. *yay!!*


so here is the recipe:



1 sudu perahan lemon




1 sudu serbuk susu



1 biji telur. (ambil yg putihnya sahaja)




then, campur ketiga-tiga hingga sebati dan sapukan ke muka anda.
biar selama 20 minit, kemudian bilas.





ok, itu jea nak cerita. bye!


July 3, 2011

musibah



assalamualaikum




musibah. setiap musibah yang berlaku itu ada hikmahnya. sentiasa lah beranggapan positif pada setiap dugaan yang menimpa. baru-baru ini saya ditimpa pelbagai musibah. namun, saya harus bersyukur, kerana segala ujian yang diberikan ini adalah petanda bahawa Allah S.W.T masih sayang kepada saya. diberikan saya ujian dan secara tidak langsung melatih saya agar terus kuat dan tabah.


terima kasih Ya Allah,
atas segala nikmat kurniaan Mu,
sesungguhnya ku mohon kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang telah diberikan
amin ya rabbal a'lamin.









June 19, 2011

topeng



assalamualaikum



dalam dunia nie, harus hidup dengan berhati-hati sebab banyak sahaja syaitan yang bertopengkan manusia. rambut sama hitam tapi hati lain-lain. itu dah jadi satu hal. kesimpulannya, hanya jauhari yang mengenal manikam. beware guys. this devil may be living around you and you'll never know who she/he is.




June 4, 2011

seksa kubur.


assalamualaikum




seksa kubur. bagi umat Islam yang beriman, harus percaya akan statement tersebut. setiap manusia yang telah meninggal dunia akan disoal siasat oleh dua 'inspektor' Allah S.W.T iaitu malaikat Munkar dan Nankir. jika berat amalan baiknya, maka terselamatlah ia, tetapi jika berat pula amalan buruknya, maka bersedialah dia untuk menghadapi segala kemungkinan iaitu seksaan kubur yang bakal ditempuhinya. hanya Allah S.WT yang Maha Mengetahui.


ada cara untuk kita selamat daripada seksa kubur ini?



jawapannya ada. *sila bersorak gembira dalam hati* mengamalkan membaca Surah Al-Mulk adalah solusinya. hanya 30 ayat, lebih kurang 10 minit sahaja masa yang perlu diluangkan, tetapi manfaatnya berlipat kali ganda. mahu baca manfaatnya secara lebih terperinci? let's cekidaut babeh!!



Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


hebat bukan? apa lagi kak limah?? 30 ayat sahaja!! 10 minit sahaja masa yang perlu diluangkan. jangan lepaskan peluang keemasan yang kita ada. beramal selagi boleh. ada banyak amalan yang menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat. terpulang pada diri kita sendiri sama ada mahu mengamalkannya atau tidak. the choices in your hand babeh. choose it right!






May 16, 2011

it's Monday but i feel it like Sunday!!


assalamualaikum.




sangat heaven bila tak perlu bangun awal pada pagi Isnin. ooooooh. dan bertambah heaven bila hari esoknya juga tak perlu bangun awal lagi. yay!


kesimpulannya, saya ada weekend yang panjaaaaaaaaaang pada minggu ini, *sila jeless* dan saya isi masa saya dengan menonton fav series saya. currently, the fav is:



the revolt of gumiho



hah!! 2-3 bulan yang lepas, saya tak dapat menonton series omputih fav saya. so, from west, i'd channeled to the east which is korea series. hehe. tapi baru-baru ini saya dapati website kesayangan telah dikemaskini dan wallah!! all my fav series updated. *lompat gumbira*


so, secara sukacita saya bisa menonton kawan-kawan saya berlakon dalam season 4. hoyeah!!



kawan-kawan saya. teeheee~


ok, enough for today.
mau menonton.
byebye.




May 14, 2011

all about him =)

assalamualaikum.


lagu fav untuk hari ini.





May 8, 2011

lazy sunday


assalamualaikum



yes!! ahad kesayangan tiba lagi!!
mau rehat puas-puas
mau tengok citer korea sampai lebam
bye!






May 7, 2011

ceritera.



assalamulaikum



aku punya ceritera,
ceritera sedih.
ceritera sedih yang bagaimana?
oh, biarla hanya Tuhan dan aku sahaja yang tahu.


aku punya ceritera,
ceritera gembira.
ceritera gembira yang bagaimana?
oh, biarla hanya Tuhan, aku dan orang tertentu sahaja yang tahu.





May 5, 2011

entri edisi BUMPER bulan May 2011





assalamualaikum



woah! hampir 2 bulan tak hupdate ini blog. wa mintak maap banyak2. bagi menebus kesalahan wa, wa kasi sama lu entri edisi BUMPER. bumper punya!! hehe


tiada lagi bas rapid. sekian, terima kasih.


yes, aku dah beli kereta. berkat bekerja selama hampir 10 bulan, aku kini mampu memiliki sebuah kereta. kereta apa uolls? oh, mak orang miskin jea nyah. tak mampu nak pakai kereta honda ke, toyota ke. mak pakai protooooon jea. belilah barangan buatan Malaysia. teehee.

so, yang paling penting pergi kerja tak perlu menumpang orang lagi. beli barang dapur pun, tak perlu bersusah payah mengangkut dengan bas lagi. syukur alhamdullillah.



kesayangan~


obses dengan queen senduk. eh!! queen seondeok.


sesiapa yang mengikuti trend cerita koreaaa, pasti tahu akan cerita famous amos nie, "the great queen seondeok". cerita bersiri nie ada 62 episod. banyak giler. giler banyak. gilerrr. ok, stop merapu. disebabkan episod dia banyak, dan aku jenis yang tak sabar nak habiskan, tiap2 malam aku akan tengok sekurang-kurangnya 1 episod. wajibbulghunnah ya. kadang-kadang boleh sampai 3 episod dalam 1 malam. dah la weekdays which mean hari bekerja. oh, aku memang gigih. gigih mengadap laptop sambil menahan mata yang merah sebab ngantuk. T_T jalan ceritanya menarik. plus, cerita nie classic base. so, memang fav aku la kan. haha. tetapi ending dia sangat sedih. sedih. sedih. aku siap frust dari malam sampai ke petang keesokan harinya sebab hero pujaan mati dan tak bersama dengan queen. tapi nasib baik sekarang dah boleh terima kenyataan. over kan?? haha






geng queen seondeok


Lord Bidam, si pojaan hati


ber-sushi king


hari sabtu lepas aku bawa budak2 kuat makan pergi sushi king. terserlah muka 'heaven' pada wajah masing-masing. haha. so, lets cekidaut!!






sampai 2 pasang chop stick. per kes?


membebel sebab sushi king tak ada garpu.

ikmal pose ala2 'jambu'. si kakak pulak tak ready. haih.


*kembali kepada mode ala-ala hong kong*


so, sampai disini saja wa dapat hupdate. lain bulan wa hupdate lagi. wa janji sama lu.





March 20, 2011

benarkah wanita bekerjaya lambat kahwin?





assalamualaikum



yuhuu. hari nie nak cerita pasal wanita bekerjaya dan kahwin. eh, betul ke wanita ada kerjaya lambat kahwin? bagi aku, majoritinya ya. hahah


so, secara logikalnya memangla kan. habis SPM umur dah 18 tahun. lepas tu, kalau pandai sikit sambung matrik, tak pun sambung diploma. lepas tu sambung ambil degree pulak. yang rasa gigih nak study lagi, sambung master. haa, bila masanya nak kahwin? haha


ok, kita ambil contoh background pasal diri aku jea la eh. aku habis degree umur aku dah 23 tahun which is last year. this year, 24 la kan. still dalam mid-twenties what. time sekarang bagi mereka yang baru jea habis study, masing-masing nak cari kerja, kumpul duit. bagi aku sendiri, aku nak kumpul harta, nak beli kereta dan yang paling penting aku ada tanggungjawab yang perlu aku lunaskan.

see? jarangla zaman sekarang nie nak cari budak perempuan *tak nak sebut wanita dah, rasa macam tua.haha* yang baru jea habis study terus kahwin. masing-masing nak kejar impian dulu then baru fikir soal marriage. but still, dalam hati kecil nie masih tersimpan hasrat nak kahwin la *wink* but not now. teehee~





March 18, 2011

chaiyo.




assalamualaikum



badan penat, minda penat. tapi gigih jugak nak update blog. ini lah orang Melayu, koje-koje membazir masa memang suka diberi keutamaan. *opss!!*


well, just nak update on certain thing, dalam masa dua hari nie, aku ada sample. dua hari berturut-turut ok. penat mak, uolls. macam nak tercabut pinggang nie ha. yela, dari pagi dok tercegat kat production. nak kena buy off sample. sample hari ni pulak ada sampai enam variants. ENAM wa cakap sama lu. banyak wo. sample untuk Perodua. haaa, semalam pulak untuk Ford. sampai 200 pcs pulak tu. baru tau macam mana operator-operator tu berdiri buat koje. escpecially kat makcik-makcik tu. umur dah cecah 50++ still steady lagi. kagum mak. heheh.


tapi itulah kehidupan kan? lumrah alam orang tua-tua kata. kalau tak koje, mana nak dapat duitnya?setiap manusia tu Allah S.W.T dah tetapkan rezeki masing-masing since kita di dalam rahim ibu lagi. kita just perlu berusaha untuk mendapatkannya. kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kak limah oi. so, mari berusaha kawan-kawan. doa serta tawakal sekali ya. chaiyo!! heeee~





muka mintak penyepak.

March 16, 2011

doa buat mereka.




assalamualaikum





merah - kawasan yang teruk mengalami tsunami
kuning - kawasan dalam keadaan berjaga-jaga




Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita tsunami yang melanda Jepun. Serius, sedih hati ini bila melihat betapa dahsyatnya apa yang terjadi kepada negara matahari terbit itu. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bukan? Tuhan itu maha berkuasa, diberikannya kita pelbagai ujian, supaya kita tidak leka. Sebagai umat Islam, kita harus jadikan ini sebagai iktibar. Tiada yang mustahil bagi-Nya.


Tidak kiralah mereka seagama dengan kita atau tidak, haruslah kita mendoakan untuk mereka, demi rasa kasih sesama manusia.


Moga mereka tabah dan kuat menghadapi segala ujian ini. amin.



March 13, 2011

cerita abang Merong Mahawangsa




assalamualaikum



Merong Mahawangsa



aku adalah peminat cerita klasik. jadi bila ada keluar cerita yang macam nie, haruslah aku pergi terjah panggung. haha. so, basically cerita ni memang dah menarik minat aku. bukan sahaja genre-nya tetapi lakon layarnya juga telah membuat aku terpikat. serius weh, cerita yang menelan belanja rm8 juta, rugi wo kalau uolls tak tengok. props diorang memang mantap dan siap ada darah terpercik sana-sini macam cerita spartacus. haha. sampai aku tengok tutup2 mulut. *sila bayangkan dengan penuh emosi*


All in all, aku beri 4/5 bintang bagi cerita ni sebab berjaya buat aku rasa nak menangis (time scene abg Merong nak tinggalkan Embok) dan meremang bulu roma (aku tak tau kenapa tiba2 meremang) haha.


uolls should watch it. best weh. *bagi aku la kan* heee.










March 2, 2011

sedih.

assalamualaikum




dalam minggu nie, saya dikejutkan dengan satu berita sedih. berita mengenai supervisor FYP saya semasa zaman uni dulu sedang dalam keadaan tenat. beliau seorang penghidap kanser. kanser ye. bukan demam biasa. jadi haruslah saya sebagai salah seorang anak didik beliau berasa resah dan gelisah. plus, beliau pula adalah supervisor saya, jadi hubungan tu lebih rapat sedikit berbanding dengan student yang lain.


beliau yang saya kenali adalah seorang yang amat tabah dan kuat. beliau tidak pernah mengalah walaupun diberikan dugaan yang maha hebat. itu yang membuatkan saya bertambah kagum. saya pernah bertanya kepada beliau, apakah rahsia beliau sehinnga menjadikan beliau seorang yang tabah. jawab beliau, beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa dan tidak memikirkan kesakitan yang dialami. beliau juga mengamalkan membaca surah Al-Mathurat sewaktu usai solat Subuh dan solat Asar.


sesungguhnya luluh hati saya apabila mendengar cerita daripada kawan-kawan mengenai keadaan beliau. moga beliau dipanjangkan umur dan dianugerahkan kesihatan. amin.






February 20, 2011

budi bahasa - Part 2

assalamualaikum





ok, jom kita sambung cerita pasal entry yang lepas. eh, apa pulak sambung cerita, tak cerita pun lagi kan? ekekek. let's straight to the point peeps.


dalam 2 minggu yang lepas, ada la seorang perempuan ni. dengan slumberland dia marah2 aku kat depan semua orang. kalau benda tu memang salah aku lain la jugak kan. but the prob is, it's not. tu yang buat aku naik hangin. dia tinggi suara dengan aku. then, aku tarik nafas dalam-dalam dan balas percakapan dia dengan elok. sebab aku tak nak bertekak dengan dia. just yang aku pelik, mana la pergi budi bahasa dia. even dia bukan Melayu, tak bermaksud dia tak perlu berbudi bahasa kan?


bagi aku budi bahasa ini adalah perlu bagi semua manusia. manusia ya. so, kalau awak tu manusia, yang lengkap dengan akal fikiran, sempurna sifat, perlu sangat berbudi bahasa. sedih aku bila mengenangkan bila ada manusia yang mempunyai tinggi ilmu tetapi rendah budi bahasanya. tak ada ruginya kalau berbudi bahasa kan?


tapi last week, dia ada panggil aku masa aku lalu tempat dia. bukan main menyengih lagi. suddenly aku perasan yang dia pregnant rupanya. terus hilang rasa kecil hati aku kat dia. sebab apa? sebab aku tahu, perempuan pregnant ni banyak ragamnya. ada yang cepat berang, cepat melenting. plus, aku tahu kenapa dia stress because of certain factor. but still, mintak dijauhkan la aku pun jadi macam tu nanti. sebab aku taknak la marah orang sesuka hati. adab budi bahasa perlu dijaga even sedang pregnant pun kan? heee.






February 13, 2011

budi bahasa


assalamualaikum


perlukah kita berbudi bahasa? nak berbudi bahasa dengan siapa? aku cukup geram dengan manusia yang tak ada budi bahasa ni. em, tunggu aku kupas ceritanya selanjutnya. sekian.

January 23, 2011

tips bagaimana utk mendapatkan badan yg gojess. - Part 2



assalamualaikum




hi uolls, mari kita sambung topik pasal badan gojess dalam entri yang lepas. so, today i'll tell u all the secrets. *bajet macam orang lain tak tahu pasal benda nie. heh.*





spices


spices boleh meningkatkan tahap suhu badan kita dan secara tak langsung boleh membakar lemak dengan lebih cepat. hence, bila lemak-lemak durjana dah terbakar, kadar metabolisme pun boleh meningkat la. teeheee.






get enough sleep


kalau nak gojess, perlu dapatkan tidur yang cukup yer puan-puan, because sleep deprivation may make u fat. perlu tidur selama 7-8 jam sehari. tak percaya?? pergi tanya supermodel2 kat luar sana, berapa jam diorang tidur.





water


drink more water please. air adalah salah satu agen detox untuk badan kita. it will flush out all the toxin in our body. so, minum air 8-10 gelas sehari adalah wajib ya.




exercise


last but not least, exercise la yang oi. no need jogging sampai berpuluh-puluh kilometer. setakat jalan kaki around 15-20 min pun dah ok. kalau uolls rajin exercise, lagi cepat la lemak-lemak durjana terbakar. hehe.




em, ok darls. cukup sampai sini dulu yer. kalau mak rajin, nanti mak update lg yer uolls. meh mak nak bagi flying kiss sket. *fuhh!!*






January 17, 2011

tips bagaimana utk mendapatkan badan yg gojess.



assalamualaikum




haa, hari nie saya mau berkongsi tips macam mana nak dapatkan badan yg gojess lagi hot pom pom ala-ala cik megan fox gittew. siapa la yg tak terigin nak mempunyai bentuk badan yg menarik kan? saya ada rahsianya. *wah, padahal badan sendiri pun dah naik kembang semangkuk* eh, semangkuk jea ok, bukannya bermangkuk-mangkuk. ok, straight to the point peeps. here is one of the solutions.






minum green tea yaw!!



the benefits:


- reduction in heart disease.
- reduction in bad cholesterol.
- increase in metabolic rate / fat oxidization.
- prevention of the death of brain cells – meaning less chance of Alzheimer’s or Parkinson’s diseases.
- lower incidence of cancers.
- helps in weight loss.


yg paling saya sukaaaa, it can increase metabolic rate. sebab apa? haaa, sebab bila kadar metabolisme tinggi, makan la banyak mana pun, badan korang akan susah nak gemuk. best kan? since saya kuat makan, eh!! suka makan, saya amat memerlukan kadar metabolisme yg tinggi. so, tunggu apa lg uolls? gie redah 7e sekarang dan beli green tea. nescaya dengan berkat usaha, doa serta tawakal. anda bisa jadi hot macam minah kat bawah nie.





miss universe 2010.


tapi kan kan, kalau nak dapat result yg betul-betul satisfied, tak cukup la setakat minum green tea jea kan. mesti kena exercise jugak!! green tea akan mempercepatkan proses utk meningkatkan kadar metabolisme. minum green tea + exercise sket = cepat la korang kurus. haha.

actually saya sedang mengamalkan green tea nie. exercise belum lagi. teehee. azam tahun baru nie mau kurus macam zaman muda-muda dulu. nak dapatkan badan yang fit lg cun. *woah, menggunung betul harapan tue kan?*

ok uolls, actually ada lagi tips yg saya nak kongsi pasal metabolisme rate. tapi next time la yer. esok mau keje maaa. nanite. ^^



January 3, 2011

highlight 2010


assalamualaikum


hi kamu. let's recall apa yang dah jadi pada penulis sepanjang 2010.





menghadapi semester akhir di uni.
sangat stress dengan FYP.
tapi resultnya, berbaloi-baloooooi. =)






penulis sudah kerja. Alhamdulillah.






ber-konvo yaw!!






ibu + adik2 pindah ke Penang.






itu saja

sekian.