March 20, 2011

benarkah wanita bekerjaya lambat kahwin?





assalamualaikum



yuhuu. hari nie nak cerita pasal wanita bekerjaya dan kahwin. eh, betul ke wanita ada kerjaya lambat kahwin? bagi aku, majoritinya ya. hahah


so, secara logikalnya memangla kan. habis SPM umur dah 18 tahun. lepas tu, kalau pandai sikit sambung matrik, tak pun sambung diploma. lepas tu sambung ambil degree pulak. yang rasa gigih nak study lagi, sambung master. haa, bila masanya nak kahwin? haha


ok, kita ambil contoh background pasal diri aku jea la eh. aku habis degree umur aku dah 23 tahun which is last year. this year, 24 la kan. still dalam mid-twenties what. time sekarang bagi mereka yang baru jea habis study, masing-masing nak cari kerja, kumpul duit. bagi aku sendiri, aku nak kumpul harta, nak beli kereta dan yang paling penting aku ada tanggungjawab yang perlu aku lunaskan.

see? jarangla zaman sekarang nie nak cari budak perempuan *tak nak sebut wanita dah, rasa macam tua.haha* yang baru jea habis study terus kahwin. masing-masing nak kejar impian dulu then baru fikir soal marriage. but still, dalam hati kecil nie masih tersimpan hasrat nak kahwin la *wink* but not now. teehee~





March 18, 2011

chaiyo.




assalamualaikum



badan penat, minda penat. tapi gigih jugak nak update blog. ini lah orang Melayu, koje-koje membazir masa memang suka diberi keutamaan. *opss!!*


well, just nak update on certain thing, dalam masa dua hari nie, aku ada sample. dua hari berturut-turut ok. penat mak, uolls. macam nak tercabut pinggang nie ha. yela, dari pagi dok tercegat kat production. nak kena buy off sample. sample hari ni pulak ada sampai enam variants. ENAM wa cakap sama lu. banyak wo. sample untuk Perodua. haaa, semalam pulak untuk Ford. sampai 200 pcs pulak tu. baru tau macam mana operator-operator tu berdiri buat koje. escpecially kat makcik-makcik tu. umur dah cecah 50++ still steady lagi. kagum mak. heheh.


tapi itulah kehidupan kan? lumrah alam orang tua-tua kata. kalau tak koje, mana nak dapat duitnya?setiap manusia tu Allah S.W.T dah tetapkan rezeki masing-masing since kita di dalam rahim ibu lagi. kita just perlu berusaha untuk mendapatkannya. kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kak limah oi. so, mari berusaha kawan-kawan. doa serta tawakal sekali ya. chaiyo!! heeee~





muka mintak penyepak.

March 16, 2011

doa buat mereka.




assalamualaikum





merah - kawasan yang teruk mengalami tsunami
kuning - kawasan dalam keadaan berjaga-jaga




Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita tsunami yang melanda Jepun. Serius, sedih hati ini bila melihat betapa dahsyatnya apa yang terjadi kepada negara matahari terbit itu. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bukan? Tuhan itu maha berkuasa, diberikannya kita pelbagai ujian, supaya kita tidak leka. Sebagai umat Islam, kita harus jadikan ini sebagai iktibar. Tiada yang mustahil bagi-Nya.


Tidak kiralah mereka seagama dengan kita atau tidak, haruslah kita mendoakan untuk mereka, demi rasa kasih sesama manusia.


Moga mereka tabah dan kuat menghadapi segala ujian ini. amin.



March 13, 2011

cerita abang Merong Mahawangsa




assalamualaikum



Merong Mahawangsa



aku adalah peminat cerita klasik. jadi bila ada keluar cerita yang macam nie, haruslah aku pergi terjah panggung. haha. so, basically cerita ni memang dah menarik minat aku. bukan sahaja genre-nya tetapi lakon layarnya juga telah membuat aku terpikat. serius weh, cerita yang menelan belanja rm8 juta, rugi wo kalau uolls tak tengok. props diorang memang mantap dan siap ada darah terpercik sana-sini macam cerita spartacus. haha. sampai aku tengok tutup2 mulut. *sila bayangkan dengan penuh emosi*


All in all, aku beri 4/5 bintang bagi cerita ni sebab berjaya buat aku rasa nak menangis (time scene abg Merong nak tinggalkan Embok) dan meremang bulu roma (aku tak tau kenapa tiba2 meremang) haha.


uolls should watch it. best weh. *bagi aku la kan* heee.










March 2, 2011

sedih.

assalamualaikum




dalam minggu nie, saya dikejutkan dengan satu berita sedih. berita mengenai supervisor FYP saya semasa zaman uni dulu sedang dalam keadaan tenat. beliau seorang penghidap kanser. kanser ye. bukan demam biasa. jadi haruslah saya sebagai salah seorang anak didik beliau berasa resah dan gelisah. plus, beliau pula adalah supervisor saya, jadi hubungan tu lebih rapat sedikit berbanding dengan student yang lain.


beliau yang saya kenali adalah seorang yang amat tabah dan kuat. beliau tidak pernah mengalah walaupun diberikan dugaan yang maha hebat. itu yang membuatkan saya bertambah kagum. saya pernah bertanya kepada beliau, apakah rahsia beliau sehinnga menjadikan beliau seorang yang tabah. jawab beliau, beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa dan tidak memikirkan kesakitan yang dialami. beliau juga mengamalkan membaca surah Al-Mathurat sewaktu usai solat Subuh dan solat Asar.


sesungguhnya luluh hati saya apabila mendengar cerita daripada kawan-kawan mengenai keadaan beliau. moga beliau dipanjangkan umur dan dianugerahkan kesihatan. amin.