December 8, 2013

August 20, 2013

sawang.

assalamualaikum. 


bersawang gila dah ha.
berbulan lamanya tak menaip.
sebab apa ya?
satu jea sebabnya. 
m a l a s.

tapi..
rajin dari segi lain mungkin.
ha ha ha.

oh! 
pejam celik pejam celik,
bulan Ogos hampir tamat
lebih kurang 6 bulan saja lagi. 
hew hew hew. 


dah cukup. 



ha! pengalaman sebenar. spiderman bersawang dalam kereta. kiki.

May 4, 2013

fahaman.

assalamualaikum.


demam teruk kembali. sekali dalam 5 tahun. namun kali ini saingannya agak sengit. mungkin kerana aku bermustautin di tempat yang sememangnya hangat. oleh kerana itu aku terasa bahangnya.


ada orang memilih yang biru gelap. sebahagian lagi memilih hijau, yang lain pula memilih bulan terbelah. ya. fahamannya berlainan. kalau silap langkah, bisa menjadi fanatik dan boleh terputus tali persaudaraan. tali silaturrahim yang telah disemai sekian lama.


walau apa pun, kita harus bijak. bijak mengawal emosi. jangan disebabkan berbeza fahaman ini, segala kebaikan dilupakan. segala keburukan diutarakan. apakah yang kita dapat dengan bermusuhan sesama sendiri? orang yang menang bertanding girang jikalau menang. yang kalah mungkin kecewa bukan kepalang. tapi kita?


walau berbeza sungguh fahamannya. jangan dipisahkan tali persaudaraan itu. kerana apa? kerana kelak kita sendiri yang rugi.


sungguh aku redha dengan siapa pun yang akan menang. namun aku berharap, segalanya berjalan lancar. tiada kacau bilau. tiada persengketaan.

sesiapa pun yang telah diberikan mandat kelak, moga tabah dan cekal mengharungi segala rintangan. kerana menjadi pemimpin itu bukan perkara yang mudah. bukan ibarat menjadi ketua darjah, tetapi memikul tanggungjawab sebagai ketua negara. harus amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. telus juga jujur. tetapi jika ingkar segala sifat mahmudah, jawablah di akhirat kelak. jika tahu akan jawapannya.










March 23, 2013

mahal.

assalamualaikum

alhamdulillah.
aku masih di sini
masih.

hidup semakin diisi diwarnai dengan pelbagai dugaan.
dugaan ke arah positif.
di mana skop pekerjaan sedikit berubah.
dalam kata lain, lebih mencabar.
tetapi cabaran itulah yang mahal.


oh, diri ini sudah demam hampir 5 hari.
demam susah senang perlu sendiri.
malam sudah menjengah hari,
sampai kita berjumpa lagu.



* terpantun la plak. hiks!








February 15, 2013

secara total

assalamualaikum


hidup bakal berubah
secara total
secara 360' darjah
sungguh aku takut
takut untuk menghadapi dugaan yang baru
dugaan yang mungkin tidak pernah aku alami

namun, sudah pasti
doa yang baik2 sahaja dipanjatkan

Ya Allah ya Tuhanku,
ku mohon agar Kau permudahkanlah
segala niat baik kami
lindungilah kami daripada segala kesukaran
jika kesukaran itu telah tertulis bagi kami,
Kau berikanlah kami kekuatan utk menghadapinya
amin ya rabbal a'lamin




January 20, 2013

berani dan tabah.

assalamualaikum


hidup perlu berani untuk hadapi sebarang cabaran
hidup perlu tabah untuk hadapi segala dugaan

kesimpulannya, keberanian dan ketabahan perlu bergerak seiring dalam kehidupan kita.

orang kata aku berani, sebab merantau seorang diri demi mencari rezeki.

orang kata aku tabah, sebab aku mampu tangani masalah yang menimpa.

namun benarkah segala dakwaan itu? oh! hanya Tuhan yang Maha Esa yang Maha Mengetahui apa yang terbuku dalam sudut sanubari ini.


walau apa pun, marilah kita sama- sana berdoa, agar kita terus berani dan tabah dalam menjalani segala cabaran dan dugaan dalam hidup.

amin.



January 19, 2013

random #1

assalamualaikum



*masih tiada idea




hahahaha