July 31, 2011

Happy Ramadhan



assalamualaikum







Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.






July 10, 2011

cuti-cuti buat apa?



assalamualaikum


terima kasih kepada kerajaan P.Pinang sebab memberi cuti umum sempena ulangtahun Gabenornya. tapi, siapa Gabenornya pun saya tak tahu. *ampun* since birthday encik Gabenor jatuh pada hari Sabtu, so cuti umum haruslah diganti pada hari Isnin. kesimpulannya, saya ada weekend yang panjaaaaaaang minggu nie. *hephephooray!!!*


cuti-cuti buat apa?


haa...semalam kami ke Jusco, shopping mall yang hanya 5 min dari rumah. beli itu, beli ini, then balik rumah. petangnya pulak ke pasar malam kak limah oi. pergi beli ikan. ikan kat pasar malam murah ler sikit. heee~


hari ni, saya dok rumah jea. malas nak keluar. cuaca panas. so, better kemas rumah jea la kan. menyapu, mengemop lantai, cuci bilik air, scrub badan & etc. tadi masa tengah dok men game, suddenly datang satu idea -buat facial utk diri sendiri. itu pun sbb malam tadi ibu cakap pigmentasi kulit muka saya dah tak sekata. *ish*

terus ambil buku hikmat *buku resipi "sihat & cantik" beli masa zaman uni dulu* dan cari ramuan yg berkaitan. memerlukan lemon, susu dan telur. nasib baik semua bahan dah ada. *yay!!*


so here is the recipe:



1 sudu perahan lemon




1 sudu serbuk susu



1 biji telur. (ambil yg putihnya sahaja)




then, campur ketiga-tiga hingga sebati dan sapukan ke muka anda.
biar selama 20 minit, kemudian bilas.





ok, itu jea nak cerita. bye!


July 3, 2011

musibah



assalamualaikum




musibah. setiap musibah yang berlaku itu ada hikmahnya. sentiasa lah beranggapan positif pada setiap dugaan yang menimpa. baru-baru ini saya ditimpa pelbagai musibah. namun, saya harus bersyukur, kerana segala ujian yang diberikan ini adalah petanda bahawa Allah S.W.T masih sayang kepada saya. diberikan saya ujian dan secara tidak langsung melatih saya agar terus kuat dan tabah.


terima kasih Ya Allah,
atas segala nikmat kurniaan Mu,
sesungguhnya ku mohon kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang telah diberikan
amin ya rabbal a'lamin.