December 30, 2012

December 25, 2012

The day.

Assalamualaikum.


So yeah! Aku dah 25 tahun. Lagi 5 tahun nak masuk 30. Oh my.. How time flies kan?

But whatever pun, x kesah la umur nak cecah baper pun, azam utk improve diri harus ada.

So, azam aku..moga menjadi seorang yang lebih tabah dalam m'hadapi apa pun dugaan dan cobaan duniawi. Cliche sgt khen? Hahaha

Oh, x lupa juga moga aku lebih peka akan soal agama. Hidup kat dunia nie sementara jea bai, yg kat akhirat tu yg abadi.


*oke dah melalut


So, doa'n aku jugak ya? Thanks korang!











December 24, 2012

25th

Syukur ke hadrat Ilahi
Masih mampu ku bernafas
Hingga ke saat ini
Syukur Ya Allah.



December 1, 2012

today.

assalamualaikum




so, today.....

1. servis kereta
2. pergi Sunway Carnival Mall * sbb teringat charm bracelet yg tgk smlm
3. pergi Jusco * dengan harapan nak beli kasut, tp x ada yg berkenan. end up, bli brg dapur
4. pergi pasar malam * beli sayur. sayur kat psr mlm fresh + murah kot.


yeah! everything was being done alone. can you believe it that i'm only talking when i'm at workplace only?sounds such a pity. but please don't. 

this loneliness will make me much stronger! hahahhaha.


* tadi masa kat jusco, lepak kt bench sambil mkn sotong goreng..alone of course! aku perasan orang pandang aku mcm pelik. but who cares kn? suka hati aku la nak lepak sorang ke hapa.


oh! perut dah lapar minta diisi. hari nie nak masak tomyam ayam + nasi goreng + sayur sawi dgn sos tiram. nyumss! x sabar nak mkn. hee.


November 18, 2012

luluh.


assalamualaikum





Luluh.
Luluh hati ini melihatnya.
Perit dan jerih yang tak terjangkau dek akal.
Berat mata yang memandang,
berat lagi bahu yang memikul.
Ya, hanya Tuhan yang tahu akan perasaan itu.

Wahai saudara-saudaraku,
yang jauh berada di tanah gersang,
dibedil senjata oleh yang zalim lagi jahil,
tabahkan lah jiwa dan ragamu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui,
segala penderitaanmu

Berdoalah saudaraku,
kerna doamu itu adalah senjata yang paling hebat,
bagi menangkis segala kezaliman mereka. 
Benar, doa orang yang teraniya akan dimakbulkan Tuhan.
Ku panjatkan doa agar kau sentiasa dibawah naunganNya.

Ya Allah ya Tuhanku,
ku memohon kepadaMu Ya Allah,
Selamatkanlah mereka daripada segala kezaliman serta niat jahat,
Lindungilah mereka daripada segala penderitaan,
Juga, tempatkan lah mereka yang mati syahid dikalangan orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya hanya padaMu kami berserah.
Hanya padaMu bisa kami mengadu.
Amin Ya Rabbal A'lamin.












November 16, 2012

Review: Instanbul Aku Datang.

assalamualaikum





my WW46 only consist of two working days. TWO! TWO! haha.
so yeah! tadi pergi tengok movie ini

.
.
.
.



nice!

sebab ada Lisa Surihani.
hew hew hew.

ok, all in all,
jalan cerita,
skrip,
cinematografi,
 semuanya ok.
ok.

worth it la for RM7 aku kan
at least x ada la sia-sia mcm tengok cerita-cerita Melayu yang lain.
Opsss!


anyway, 
for crew Instanbul Aku Datang,
good job guys!



p/s - bajet mcm la ada org kisah movie review aku kan. heee. 






October 28, 2012

3 hari cuti.

assalamualaikum




3 hari bercuti. Dari hari Jumaat sampai ke hari Ahad. phew~ 


hari pertama

bangun pagi, perut lapar. manusia kalau dah immune dengan hidup bersarapan memang begitu. so, sblm mandi siapkan bahan utk buat jemput2 kentang. my fav. suddenly, pemetik api jatuh dan terus patah. *damn!   frust btol. perut dah lapar. hah! tiba2 terpandang oven. ting!! dapat 1 idea. hahaha. so, jadila baked jemput2 kentang. atau nama glamor, baked potato puff. hahaha.

perut dah kenyang, baru bleh buat kerja. so, sblm mandi, basuh + berus bilik air. skali terpandang jubin dapur, *owh, kena sental gak nie. dah alang2 kan. so, yeah. berlemuih la aku sblm mandi. heee.

then, teringat plak pemetik api dh patah kan, perlu la cari yg baru. so, bergegas ke Jusco. thank God, Jusco just 5 mins from my home. 

lunch: just beli sushi paket kat Jusco, x larat nak masak sbb perut dah lapar giler.
dinner: nasi putih + sambal tumis telur + sup ikan merah + timun
watching Arang and The Magistrate sampai ngantuk. Korean drama.


hari kedua

breakfast: roti + kaya
kerja: lepak sepanjang hari. hibernate thp dewa.
lunch: macaroni goreng
dinner: nasi goreng black pepper + drummet 2 pcs
watching The Big Bang Theory sampai ngantuk

hari ketiga

breakfast: megi ayam + sayur sawi
kerja: sapu + mop seluruh umah. basuh baju + sidai baju. * lipat baju mlm nanti. hiks!
lunch: egg tart 2 pcs
dinner: bubur ayam *burp!
watching The Big Bang Theory sampai ngantuk



jangan tanya aku kenapa update hari kedua + ketiga only in point form. aku malas, tue jea. hahaha



eh, esok Isnin dah?








October 14, 2012

Yuna - Tourist (Lyrics)




fav song at the moment.

October 10, 2012

blissful.


assalamualaikum





blissful weekend

and now it was over.

*sigh







September 23, 2012

lame blogpost



assalamualaikum




sejujurnya, tiada apa yang perlu dicoretkan disini.
tapi entah, rasa mahu menaip juga.
so, here it goes!
hahahaa


.
.
.


serius. tak ada idea. hewhewhew..



*lame!








September 2, 2012

Happy Syawal 2012


assalamualaikum







saya balik ke Melaka tahun ni.



Yeah! Anak perantau macam aku memang akan pulang ke kampung setahun sekali. Anak perantau tegar la katakan. hiks. Untuk tahun ni, aku hanya ada 7 hari berada di tanah tumpah darahku sendiri. Lagi 358 hari aku berada di Penang. hahaha.


Sejak tahun 2005 aku merantau. Bermula di Tangkak, Johor. Kemudian ke Kangar, Perlis dan setakat ni aku di Permatang  Pauh, P.Pinang.


Jadi anak perantau, jauh dari keluarga dan sahabat handai bukannya mudah. Tambahan pula aku seorang perempuan. Namun itu bukanlah alasan untuk aku terus maju dan maju dalam kerjaya aku.


Dah apsal pulak entry raya beralih topik nie?


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada awak semua. Maaf zahir dan batin. Tak salah kalau baru nak ucap kan? Raya kan sebulan. hehe.


*mode 'saya & awak', rasa sopan sket. hee.




July 22, 2012

Happy Ramadhan

assalamualaikum

here is a tip for uoolss for this Ramadhan



seriously, it works!

because i've done it once upon a time. hiks.

let's the mission begins.

good luck guys!

July 8, 2012

bukan tak sayang.

assalamualaikum



bukan tak sayang,
tetapi jika diri diabaikan
jika diri dilalaikan
jika diri tidak diambil peduli.

bagaimanakah rasanya?
adakah kau tahu?
aku pasti kau tidak merasainya
sebab aku yang menanggung rasa pahit itu.

oleh itu,
jangan sewenang-wenangnya
melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya
kerana aku yang menanggung
bukannya kau.

sekali lagi,
bukan aku tak sayang,
tetapi kalau kau sendiri yang rasa,
kau akan tahu.



oh, esok kerja. baik tido oi!









June 9, 2012

June 3, 2012

June 1, 2012

kembali.

assalamualaikum



hidup kembali mewah
tetapi kembali sepi.

sepi.
tiada lagi hiruk-pikuk
tiada lagi hilai-tawa

sunyi.
tiada siapa untuk dimarahi
tiada siapa untuk dibebelkan

mereka sudah pergi
tinggal aku sendiri.

sedih.
Tuhan sahaja yang tahu


Ya Allah,
ku mohon kepadaMu,
peliharalah mereka dari pelbagai kekejaman duniawi
peliharalah hati-hati mereka agar sentiasa berada di jalan yang lurus
sesungguhnya Kau Maha Besar lagi Maha Pengasihani.
amin.


May 13, 2012

perbualan.

assalamualaikum



ini adalah perbualan diantara dua adik-beradik. kakak sulung dan adik bongsunya. si kakak berumur 25 tahun, si adik bongsu berumur 5 tahun. 


kakyong: aina, kakyong gemuk tak?
aina: gemuk! 

jawapan dilemparkan dengan tanpa rasa teragak-agak dan sambil mengangguk bersunguh-sungguh. 
sesungguhnya, anak kecil tak bisa menipu kan?
kesimpulannya, si kakak memang dah gemuk sekarang.



haih.


sekian.


May 6, 2012

refleks.

assalamualaikum.



perlu diam dan renung,
untuk tahu dan sedar akan refleks diri sendiri.


perlu diam dan dengar,
untuk faham dan akur akan refleks diri sendiri.

ah, apa yang aku merepek malam-malam buta ni.
esok kerja.
baik tido.

sekian.


April 29, 2012

mat remps dan amarah.

Assalamualaikum



Malam tadi aku dikejutkan dengan bunyi bising motor mat-mat remps. Aku bangun tengok jam baru pukul 3.30am. What the? haih. Aku jamin 100% yang merempit tu adalah kaum bumiputera. Tak adanya orang-orang Cina atau India nak keluar merempit. Yang buat aku pelik, dia orang semua ni tak tidur kah? Memekak pagi-pagi buta. Tak fikir yang dia dah menganggu ketenteraman awam. Masa tu aku rasa macam nak bangun tembak seorang-seorang yang tengah merempit kat jalan raya tu. Guna snipper MSG - 90, biar sampai 1km peluru aku kejar. Tapi nyata sekali itu adalah angan kosong aku. Boleh pula aku nak bunuh orang hanya sebab merempit kan? oh, tak rasional. Tapi kalau diikutkan nafsu amarah, memang itulah yang aku nak buat. Last-last aku ambil bantal tutup telinga. Masih terngiang-ngiang bunyi nyaring ekzos sang perempit. Aku pejamkan mata. Tiba-tiba aku terdengar pula bunyi siren polis. Alhamdulillah, aku ucap dalam hati. Bertempiaran larilah sang-sang perempit. Malam aku damai dan sunyi kembali tepat pada pukul 4am.


Mengenai peritiwa B***** yang berlaku dekat KL semalam. Itu semua mengikutkan nafsu amarah masing-masing. Langsung tak bertindak secara rasional. Bukan kau tak boleh nak berdemo. Boleh je kan. Janji asal nak duduk. Yang kau pun sama naik melawan kenapa? Dapatkah apa yang kau inginkan? Tercapaikah segala hajat kau? Siapa yang rugi sekarang? Sedarlah wahai anak bangsaku, bahawa kau telah ditipu dengan janji-janji manis. Jangan sampai apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Akhirnya, bangsa lain bertepuk tangan, bangsa kita yang kerugian.

sekian.

April 22, 2012

esok.

assalamualaikum.


nak beritahu something ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


esok saya cuti.  *oh yeah!


dan,





sekian.




April 16, 2012

PTPTN mau dihapuskan?


assalamualaikum




nak dihapuskan?
adakah mereka yang berduit sahaja boleh sambung pengajian?
atau ada dana yang akan diberikan secara percuma?
eh, bagi mereka yang dah bayar macam mana?
boleh dapat balik duit tersebut?

jap, benda ni main-main jea kan?


hahahaha


untuk orang yang menabur janji,
kau jangan la selfish.
permainankan perasaan orang.
memperjudikan masa hadapan orang.


untuk orang yang lurus bendul,
jangan la percaya pada benda yang tak logik.
buka mata,
buka minda.

yang penting aku terus bayar.
dah berhutang, pandai-pandai la bayar balik
tu jea.

tepuk dada,
tanya selera la oi.







April 6, 2012

esok.


assalamualaikum



esok saya cuti. *hoyeaaaaaaaaaaah!!!*
ok, itu jea nak bgtau..
heee.

April 2, 2012

kerja

assalamualaikum




kerja.
sampai bila-bila pun takkan habis.
sabar aje lah.

April 1, 2012



assalamualaikum


terkadang aku bangun di pagi hari,
bersyukur aku kepada Allah S.W.T,
kerana aku masih lagi bernafas,
masih mampu menikmati keindahan dunia,
masih mampu merealisasikan impianku,
namun yang paling penting,
masih mampu memohon ampun atas segala dosa-dosaku.







Ya Allah,
kumohon keampunan daripadaMu,
ampunilah segala dosa ibu bapaku,
ampunilah segala dosa datuk, nenek dan seluruh kaum keluargaku,
juga ampunilah dosa kami sekalian umat.

Ya Allah,
tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang beriman,
sesungguhnya Kau lah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Amin Ya Rabbal A'lamin.

February 11, 2012

smiling.


assalamualaikum.






heeee.



February 5, 2012

January 21, 2012

One Direction - What Makes You Beautiful




Favorite song at the moment :)

January 16, 2012

promise.




assalamualaikum



let's recite the dua' for today. ^^





January 3, 2012

murusuh


assalamualaikum



ha, sekarang ni heboh giler la orang bercerita pasal mahasiswa buat rusuhan kan. Sampai masuk hospital bagai. Satu jea repson aku, ha ha ha. Cukup, gelak setakat 3 harkat jea. Tak boleh banyak2. Hehe. Em, yang peliknya diorang tak exam ker? Dah memang yakin dapat dean least ker untuk semester nie? Pelik2..orang lain sibuk study, kau sibuk dengan demo kau.


Bagi pendapat aku la, sekali lagi ditegaskan. bagi PENDAPAT aku, *kang ada pulak orang lain salah faham dengan statement aku nie* boleh jea kalau nak buat demo ker hapa, tapi biarla pada landasan dan cara yang betul. At least, tengok la masa yang sesuai bila nak buat demo pun. Nie diri sendiri pun terumbang-ambing, study tak habis lagi, duit belanja pun mak ayah kirim, tak pun dapat pinjaman tabung pendidikan kesayangan kita tue, korang pergi pulak berdemo tak tentu pasal. Last2, siapa yang rugi bai? Diri sendiri jugak kan.


Aku bukan apa la, just rasa terkilan dengan sikap segelintir mahasiswa, yang sememangnya memalukan. Sebab apa memalukan? Sebab berlagak pandai tapi habuk pun tarak. Kalau kau betul nak jadi pemimpin, buktikan dengan cara yang betul. Bela nasib kebajikan student2 uni sendiri dulu. Ada jea kebajikan yang tak terjaga, tapi benda remeh-temeh yang kau dahulukan. Tak ker sengal namanya tue? Nie tak, daripada kau terpekik-pekik suruh kerajaan hapuskan AUKU, baik kau pergi study sebab yang nak examnya kau jugak kan. haih.


Apa2 pun, tepuk dada, tanya la selera. Apa yang kau dah dapat daripada buat demo murahan nie. Sorry to say la, it is only a cheap publicity for me. Indeed. Bagi aku, kau perlu buktikan siapa diri kau dulu, ada kerjaya yang bagus, then berkhidmat untuk masyarakat. Baru la orang pandang akan usul-usul kau. Pemimpin nie adalah kuli untuk rakyat. So, sendiri mau ingat betapa beratnya tanggungjawab yang perlu digalas. Bukannya setakat terpekik buat demo then kena belasah dengan polis. No, it's not a leader type that we need nowadays. Sorry.