July 10, 2011

cuti-cuti buat apa?



assalamualaikum


terima kasih kepada kerajaan P.Pinang sebab memberi cuti umum sempena ulangtahun Gabenornya. tapi, siapa Gabenornya pun saya tak tahu. *ampun* since birthday encik Gabenor jatuh pada hari Sabtu, so cuti umum haruslah diganti pada hari Isnin. kesimpulannya, saya ada weekend yang panjaaaaaaang minggu nie. *hephephooray!!!*


cuti-cuti buat apa?


haa...semalam kami ke Jusco, shopping mall yang hanya 5 min dari rumah. beli itu, beli ini, then balik rumah. petangnya pulak ke pasar malam kak limah oi. pergi beli ikan. ikan kat pasar malam murah ler sikit. heee~


hari ni, saya dok rumah jea. malas nak keluar. cuaca panas. so, better kemas rumah jea la kan. menyapu, mengemop lantai, cuci bilik air, scrub badan & etc. tadi masa tengah dok men game, suddenly datang satu idea -buat facial utk diri sendiri. itu pun sbb malam tadi ibu cakap pigmentasi kulit muka saya dah tak sekata. *ish*

terus ambil buku hikmat *buku resipi "sihat & cantik" beli masa zaman uni dulu* dan cari ramuan yg berkaitan. memerlukan lemon, susu dan telur. nasib baik semua bahan dah ada. *yay!!*


so here is the recipe:



1 sudu perahan lemon




1 sudu serbuk susu



1 biji telur. (ambil yg putihnya sahaja)




then, campur ketiga-tiga hingga sebati dan sapukan ke muka anda.
biar selama 20 minit, kemudian bilas.





ok, itu jea nak cerita. bye!


No comments:

Post a Comment