April 29, 2012

mat remps dan amarah.

Assalamualaikum



Malam tadi aku dikejutkan dengan bunyi bising motor mat-mat remps. Aku bangun tengok jam baru pukul 3.30am. What the? haih. Aku jamin 100% yang merempit tu adalah kaum bumiputera. Tak adanya orang-orang Cina atau India nak keluar merempit. Yang buat aku pelik, dia orang semua ni tak tidur kah? Memekak pagi-pagi buta. Tak fikir yang dia dah menganggu ketenteraman awam. Masa tu aku rasa macam nak bangun tembak seorang-seorang yang tengah merempit kat jalan raya tu. Guna snipper MSG - 90, biar sampai 1km peluru aku kejar. Tapi nyata sekali itu adalah angan kosong aku. Boleh pula aku nak bunuh orang hanya sebab merempit kan? oh, tak rasional. Tapi kalau diikutkan nafsu amarah, memang itulah yang aku nak buat. Last-last aku ambil bantal tutup telinga. Masih terngiang-ngiang bunyi nyaring ekzos sang perempit. Aku pejamkan mata. Tiba-tiba aku terdengar pula bunyi siren polis. Alhamdulillah, aku ucap dalam hati. Bertempiaran larilah sang-sang perempit. Malam aku damai dan sunyi kembali tepat pada pukul 4am.


Mengenai peritiwa B***** yang berlaku dekat KL semalam. Itu semua mengikutkan nafsu amarah masing-masing. Langsung tak bertindak secara rasional. Bukan kau tak boleh nak berdemo. Boleh je kan. Janji asal nak duduk. Yang kau pun sama naik melawan kenapa? Dapatkah apa yang kau inginkan? Tercapaikah segala hajat kau? Siapa yang rugi sekarang? Sedarlah wahai anak bangsaku, bahawa kau telah ditipu dengan janji-janji manis. Jangan sampai apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Akhirnya, bangsa lain bertepuk tangan, bangsa kita yang kerugian.

sekian.

No comments:

Post a Comment