March 2, 2011

sedih.

assalamualaikum




dalam minggu nie, saya dikejutkan dengan satu berita sedih. berita mengenai supervisor FYP saya semasa zaman uni dulu sedang dalam keadaan tenat. beliau seorang penghidap kanser. kanser ye. bukan demam biasa. jadi haruslah saya sebagai salah seorang anak didik beliau berasa resah dan gelisah. plus, beliau pula adalah supervisor saya, jadi hubungan tu lebih rapat sedikit berbanding dengan student yang lain.


beliau yang saya kenali adalah seorang yang amat tabah dan kuat. beliau tidak pernah mengalah walaupun diberikan dugaan yang maha hebat. itu yang membuatkan saya bertambah kagum. saya pernah bertanya kepada beliau, apakah rahsia beliau sehinnga menjadikan beliau seorang yang tabah. jawab beliau, beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa dan tidak memikirkan kesakitan yang dialami. beliau juga mengamalkan membaca surah Al-Mathurat sewaktu usai solat Subuh dan solat Asar.


sesungguhnya luluh hati saya apabila mendengar cerita daripada kawan-kawan mengenai keadaan beliau. moga beliau dipanjangkan umur dan dianugerahkan kesihatan. amin.






No comments:

Post a Comment