November 7, 2010

kegemaran.


assalamualaikum



sempena hari ahad yang aman damai nie, aku nak berkongsi sedikit fakta tentang aku dengan korang. fakta ye, bukan auta. haha. fakta mengenai favorite tv show aku. *duh, tu pun kecoh nak bagitau orang kan?* lantak la, ni blog aku. suka hati aku la kan. hee.

since aku x ada tv kat rumah, jadi laptop + internet jadi peneman setia. ah, dari zaman uni lagi sebenarnya. haha. oleh sebab itu, aku hanya menonton tv show mat salleh aja. yolah, tv x ada kan, so x dapat la nak tengok drama ke, sinetron ke yang ada kat tv tu. aku rasa aku memang dah lost dengan peredaran drama melayu kat tv ni. serius.


ada banyak tv show mat salleh yang korang boleh tonton secara online, dan dalam banyak-banyak tv show, ada beberapa sahaja yang menjadi kegemaran. all time favourite la bak kata orang. so, here it goes..



you know you love me, xoxo. aku peminat setia tv show ni since season 1 lagi. masa tu aku muda remaja lagi weh. haha. tidak pernah miss oke. sekarang dah masuk season 4. serupa melihat pelakon-pelakon dia membesar. terutama dak jenny tu ha. masa season 1 dulu innocent gila. sekarang, pergh. korang tengok sendiri jelah. hehe.





haa. ni cerita pasal pontianak plak. sekarang tengah trend kot. semua nak cerita pasal hantu ni jea. haha. dan selain edward, aku suka lagi dua orang mamat bergigi taring ni. lagi 1, aku suka gaya jalan cerita dia. ada je suspen yang diterapkan oleh director. dia membuatkan korang ternanti-nanti episod yang seterusnya.






last but not least, Glee yaw!! satu paradigma baru dalam dunia drama bersiri. sebab dia ada unsur-unsur musical dan siap ada buat tribute untuk penyanyi-penyanyi hot macam Madonna. jalan ceritanya pun aku suka jugak. *nama pun fav, mesti la suka kan. haha*




that's it. tu la dia tiga tv show utama dalam senarai hidup aku. balik dari kerja, mandi, solat dan makan sambil menghadap cerita-cerita ni. oleh itu, jutaan terima kasih kepada streamyx yang membolehkan aku menonton tv show kegemaran secara online. *kena bayar rm90/month, of course la semuanya boleh. haha*






No comments:

Post a Comment