November 4, 2010

politik ada di mana-mana




assalamualaikum


makin hari makin serius plak blog ni kan? haha. jangan fikir yang bukan-bukan. ini sekadar pendapat yang terpahat di dalam kepala otak aku yang aku curahkan kat blog ni. korang jangan la fikir lain pulak. hee~


politik. sesuatu yang sangat sinonim dengan masyarakat zaman sekarang. mana-mana korang pergi pun, korang akan terasa bahang dia. tidak kira la korang dalam badan kerajaan ke *obviously la ada politik kan*, badan swasta ke, semuanya ada bahana politik ni. kadang-kadang tu meluat pulak aku. lebih-lebih lagi bila sesuatu badan atau institusi tu terdapat ramai golongan Melayu. em, bukan la niat untuk kutuk bangsa sendiri. namun ini adalah hakikat. apa yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.


OK, sebelum aku melangkah lebih jauh. meh aku terangkan apa dia 'politik' yang aku maksudkan kat sini. em, politik kat sini bermaksud bila ada sekumpulan individu ini boleh persuade sekumpulan individu yang lain untuk percaya cakap mereka. salah satu contoh, kenaikan pangkat. ada pelbagai cara, tetapi yang selalu kita jumpa yang tidak baik lah kan. jarang betul nak jumpa cara yang baik. bagaimana cara yang tidak baik? haa, ini yang menariknya. cara-caranya seperti memburukkan individu-individu lain dan mengaku bahawa dia adalah betul, menjadi pengampu atau 'kipas susah mati' bos, cakap pandai tapi tidak serupa bikin. itu semua perangai-perangai yang bisa membuatkan aku, kau dan sesiapa sahaja jadi mual.


tidak boleh kah jika kita bersaing secara sihat? seperti bersaing dalam membuat penambahbaikkan bagi sesuatu, mencari jalan penyelesaian bagi masalah dengan cara profesional dan bernas sehingga boleh dijadikan benchmark atau sebagainya. bunyinya pun tidak lah seteruk seperti jadi 'kipas susah mati' bos kan? jauh lebih baik bagi aku. tapi itulah, manusia ni suka jalan singkat. jalan yang senang dan hasilnya lumayan. tidak boleh nak susah sikit. lebih-lebih lagi dapat menjatuhkan orang lain. itu dah memang jadi kegemaran dan asam garam.


satu lagi situasi di mana ada dua buah komplot yang berbeza. si A ada pengikut dia yang tersendiri. si B pun ada pengikut dia yang tersendiri jugak. masing-masing tidak ngam tapi buat-buat 'mesra' di khalayak ramai. sama je macam ahli-ahli politik yang bertanding untuk jawatan ADUN kat kampung-kampung tu. haha. kadang-kadang tu rasa benda ni lawak, tapi inilah hakikatnya. si pengikut harus setia supaya kedudukan dia secure. yang si A atau si B plak, mereka sebenarnya ada agenda tersendiri yang sememangnya dia dan Tuhan je yang tau. redo betol yang jadi si pengikut tu kan.


ya, aku baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan. namun, bukan cara ini bagi aku untuk mendapatkan pangkat atau kedudukan. kemampuan diri sendiri itu yang sepatutnya menjadi titik tolak dan pengukur. ini semua adalah tauladan untuk diri sendiri. yang mana baik itu kita jadikan ikutan, yang mana tidak baik pulak, kita jadikan sempadan. mintak jauh la daripada aku terjebak ke kancah sebegini. *wah, sebut 'kancah' tu..macam hape jea kan?* mintak dijauhkan.


jadi kesimpulannya, politik itu memang ada di mana-mana. cuma diri kita sendiri yang perlu bijak menilainya. bagi aku, jadi neutral adalah lebih baik. em, kalau kat tempat kerja la. kalau bab-bab nak pilih parti mana yang patut pegang tampuk kerajaan. itu memang memerlukan penilaian yang lebih terperinci. oke, bab tu tidak boleh cerita lebih-lebih. undi adalah rahsia. haha.




gambar hiasan

No comments:

Post a Comment