October 31, 2010

berubahnya persepsi kehidupan.



assalamualaikum


acara wajib.



phew. semalam baru balik daripada training: Corporate Entrance Conference yang telah dianjurkan oleh company aku. training berlangsung di Hotel Equatorial, Penang selama 3 hari 2 malam. pergh, macam pergi holiday plak kan?haha. biliknya superb, makanannya awesome. sesuai dengan tarafnya yang bertaraf hotel 5 bintang. oke, CEC ini diadakan bagi memberi peluang kepada staff baru macam aku, untuk mengenali perihal company dengan lebih mendalam. seramai 60 orang peserta di mana terdiri daripada Continental Tyres Alor Star, Continental Tyres Petaling Jaya, Continental Automotive Penang dan Continental Automotive Taiwan.

bertemu dengan rakan-rakan baru dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang superb telah menjadikan aku hyper sekejap. al-maklum lah, dah lama x join aktiviti-aktiviti macam ni. haha. dan yang paling best, sebahagian ahli executive board datang dari Hannover, German semata-mata untuk memberi penerangan tentang perihal company. dan kami telah diberi peluang untuk bertanya soalan tentang company directly kepada mereka. ^^


dan dalam suasana seperti itu, aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku. apabila aku pandang di sekeliling, aku melihat majoriti daripadanya adalah mereka yang lebih tua. berumur di dalam linkungan 30-50 tahun. dan aku sedar, yang kini aku telah berada di alam lain. ah, bukan lah rasa seperti berada di dalam alam bunian tue yer, tapi alam di mana semua orang lebih fokus di dalam kehidupannya.

jikalau dahulu semasa di uni, aku hanya melihat mereka-mereka yang berada di dalam linkungan umur yang sama denganku. tetapi sekarang tidak lagi. ini membuktikan yang aku juga perlu ubah persepsi hidup. tidak lagi memikirkan kehendak tetapi perlu fokus terhadap keperluan.

bicara soal keperluan, aku perlu membeli barangan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya. dan jika di ikutkan hati, iaitu kehendak, aku mahu membeli beg tangan, baju baru, blablabla. seperti yang aku cakap tadi, aku perlu fokus di dalam kehidupan. oleh itu, kehendak hati perlu dilupakan untuk buat sementara waktu. aku harus mengutamakan barangan keperluan dan bukannya kehendak.

manusia akan berubah persepsi pemikirannya apabila dia sedar dengan keadaan sekeliling. dalam erti kata lain, dia sedar di mana dia berada. dan inilah yang terjadi pada aku. haha.



p/s- kaki lenguh-lenguh akibat terlalu hyper semasa melakukan aktiviti. *sobsob*



2 comments: