October 22, 2010

aku kagum..

assalamualaikum


semasa aku di tempat kerja, aku kagum melihat makcik tua yang masih gigih mencari rezeki. sanggup berdiri berjam-jam lamanya. tanpa mengira lelah penat di dada.

semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah, aku kagum melihat sepasang suami isteri yang bekerja keras menjual pisang goreng di bahu jalan. yang menambah perhatian aku adalah anak-anak mereka. si kecil yang baru berumur beberapa bulan juga berada di situ. aku kagum melihat pasangan itu kerana, mereka sanggup bersusah-payah demi sesuap nasi untuk anak-anak.

namun aku bertambah kagum kepada sebuah keluarga yang aman bahagia. si bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. si ibu yang kasihnya tidak berbelah-bahagi. kadangkala perasaan iri hati pula datang menjelma. tapi aku segera menepis perasaan itu jauh-jauh. buat apa perlu berasa sebegitu terhadap orang?bukankah lebih baik jika mereka itu kujadikan sebagai tauladan?

aku punya impian untuk membina keluarga sedemekian rupa. aku mahu yang terbaik buat keluargaku. aku mahu jadi si isteri penyeri hidup suami. aku mahu jadi si ibu yang menjadi kesayangan buat anak-anakku. wah, tinggi melangit si cita-cita. namun angan yang baik bisa jadi kenyataan jika setia pada garis panduan.

p/s- mata sangat pedih sebab kena shampoo. *sobsob*






No comments:

Post a Comment