October 17, 2010

aku tidak sendiri.

assalamualaikum


kadangkala hidup ini membuatkan aku terfikir. untuk apa sebenarnya aku hidup? untuk siapa sebenarnya aku hidup? dan setelah berfikir panjang barulah aku tahu akan jawapannya. aku ditakdirkan menggalas satu tanggungjawab yang besar. sangat besar yang pada mulanya aku tidak terfikir yang aku bakal menggalas tanggungjawab itu. sungguh, paradigmaku terus berubah.

orang selalu melihat aku sebagai seorang yang 'happy go lucky'. tetapi hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu. tambahan pula hidup seorang di perantauan, adalah bukan sesuatu yang mudah. namun, aku terima semua ini sebagai satu cabaran yang akan menjadikan aku seorang yang tabah dan kuat.

aku seorang perahsia. ada dikalangan kawan-kawan rapat juga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap aku. maaf sahabat, masalah aku, biarlah aku sendiri yang menanggung. aku rasa tidak perlu aku bebankan kepada orang lain. dan entri ini bukan la bertujuan mahu menagih belas kasihan. oh, tidak sama sekali. ruangan ini hanya sebagai tempat luah perasaan. dan apa yang aku harapkan doa daripada kalian agar aku terus kuat menghadapi dugaan hidup.

Allah S.W.T itu Maha Bijaksana. diberikan aku rahmat dan diberikan juga aku musibat. itu semua untuk pedoman hidupku. terima kasih banyak Ya Rabb.






4 comments:

  1. true.. kepayahan seseorang tu berbeza2.. mungkin sbb family, mungkin sbb boifren, mungkin sbb keje, mungkin sbb kawan2.. haih, cabaran hidup makin besar, igt tak dulu2 kita rasa gaduh kat f********* pun kecoh.. betapa budak2 nya kita kan? :))

    ReplyDelete
  2. ala yang..f********?? hint lg plz. hehehe..

    ReplyDelete
  3. hahaha..yela, kan skang dh ader mukabuku.. ^^

    ReplyDelete