October 12, 2010

aku suka lelaki yang dot dot..



assalamualaikum



setiap orang mempunyai ciri-ciri pilihan hati bukan? begitu juga aku. tp aku nie kadang-kadang cerewet sikit. nama pun perempuan kan. teehee~ so, mari kita lihat siapa yang kena!!



1. Lelaki yang menjaga solatnya

OK, ini adalah ciri yang pertama yang akan aku ambil kira sebelum nak jadi boyfriend, ops!! suami. kalo cukup solatnya 5 waktu sehari semalam, maka secara automatik, dia akan termasuk dalam 'list'. haha.

2. Sayang akan kedua ibu bapa dan keluarganya

em, kalau nak lihat sejauh mana tahap 'penyayang' dia, aku akan lihat dahulu hubungannya sesama ahli keluarga. kalau baik hubungan tersebut, maka 90% si dia itu adalah seorang penyayang. siapa la yang taknak boyfriend / suami penyayang kan?

3. Tidak merokok

oh!! yang nie pun penting jugak. aku anti orang yang merokok. sorry to say, but that it's just my habit. aku adalah seorang yang sangat praktikal tentang kesihatan. so, yes. this kinda of smock thingy just not my type. =)

4. Penyabar dengan karenah aku

hehe..see the statement carefully. si dia x boleh setakat 'penyabar' sahaja. bahkan perlu ayat tambahan 'dengan karenah aku'. aku jenis yang banyak tanya. kenapa nak kena buat itu? buat ini? blablabla..so, bukan sebarang lelaki yang boleh tahan dengan karenah aku.

5. Pembersih

aku lebih mudah suka terhadap lelaki yang menjaga kebersihan dirinya. actually, dengan perempuan pun sama jugak la dan perangai nie memang aku terbawak daripada kecik lagi. dulu masa kecik-kecik, aku akan duduk jauh sikit kalau budak tu nampak macam pengotor. ampun, bukanlah nak perlekehkan budak-budak kecik tue, tp dah memang perangai aku macam tue. hoho.

6. Ringan tulang

perlu sangat ada suami yang rajin. x kisah lah rajin memasak ke, mengemas ke. asalkan rajin. memandangkan aku seorang wanita yang sibuk, jadi suami yang rajin adalah suatu kemestian. so, x adalah aku seorang jea yang kena jadi bibik rumah nanti kan.

7. Tahu adab

Dia perlu tahu adab dengan aku, orang tua, keluarga. benda basic yang orang zaman sekarang semakin abaikan. yes, i'm a lil' bit orthodox when come to this kinda things.

8. Pandai simpan duit

Kalau x pandai simpan duit macam mana nak kahwin kan? bukan setakat simpan duit kahwin, duit untuk masa depan pun perlu diambil kira. sonang la idup den kalau suami den pandai berjimat-cermat. haha.

9. Tidak kedekut

em, kalau pandai simpan duit sangat pun susah jugak kan? ok, dia kena pandai simpan duit tp at the same time dia jugak x kedekut. macam mana tue? senang cakap, dia x ada la berkira sangat setakat nak keluar duit untuk belanja makan, hadiah birthday yang setahun sekali jea tue.

10. Jujur

Ditangga yang ke-10 x bermakna ciri nie x penting ye. sama jea pentingnya dengan yang pertama tadi. kalau si dia x jujur, macam mana la aku nak percaya kat dia kan? dan aku pulak jenis yang pantang dibohong. sekali aku dah kena bohong, sumpah sampai bila-bila pun aku dah x percaya lagi. so, kamu..beware ye.




actually macam ada lagi. tapi mata dah ngantuk dan macam x sabar sangat nak tido. lain kali kalau aku rajin, aku sambung lagi ye. heee~






gud nite uolls.
mak tido dulu ye.
byebye~


No comments:

Post a Comment